Wednesday, 27 November 2013

Pada ketika Pilihanraya Kampus UiTM sedang rancak berlangsung, aku baru tahu yang Ibrahim Ali merupakan salah satu dari Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Bertuah betul jadi Ibrahim Ali ni. Dulu dalam UMNO disanjung, keluar UMNO diterima PAS pula, dipilih jadi Calon Pasir Mas. Dengan izin Allah, menang dia. Lepas itu, keluar PAS, jadi bebas, tubuh NGO bernama PERKASA, lantik diri sebagai Presiden. PRU-13...

Monday, 25 November 2013

Berikut adalah keputusan penuh bagi penamaan calon yang bertanding dan menang tanpa bertanding. Ternyata Hal Ehwal Pelajar berjaya mengatur strategi menyekat pencalonan dengan: 1. Kehilangan dekan pada waktu pengisian borang ketika calon cuba mendapatkan tandatangan mereka yang membawa kepada tidak layak bertanding. 2. Dekan enggan terima borang yang mana calon tidak hadir Kem...

Sunday, 24 November 2013

Dari Meja Penulis; Percaya bahawa wujudnya sesuatu yang tidak kena dengan sistem Pilihan Raya Kampus di UiTM amat membantu kami untuk terus menggali setiap lubang rahsia yang ditutup rapi oleh pihak tertentu. Benar, adakalanya maklumat yang disampaikan kurang tepat tetapi juga hampir tepat dan ada yang benar sehingga membimbangkan pihak yang membina lubang rahsia tersebut. Wujud mahasiswa...

Saturday, 23 November 2013

Selaku pensyarah baru di UiTM, saya sangat tertarik untuk menulis cerita ini rentetan peristiwa yang berlaku beberapa hari sebelum. Mungkin tulisan ini agak ringkas tetapi cukup untuk kita berfikir. Semua tahu bahawa dikatakan UiTM merupakan kubu kuat Pro Aspirasi. Walau apa pun terjadi, Aspirasi akan terus bertahan di UiTM. Semalam salah seorang daripada pelajar saya minta untuk berjumpa,...

Wednesday, 20 November 2013

Tidakkah anda rasa Pilihan Raya Kampus (PRK) UiTM HAMBAR?????  Sungguh berbeza sekali PRK kita dengan universiti lain, tidakkah anda menyedarinya atau anda sekarang ini masih terus dibuai mimpi lena disogok oleh HEP untuk duduk diam menyepi dan mengikut perintah di bawah telunjuk mereka? Bangun pelajar UiTM ayuh kita mempertabatkan demokrasi sebenar bagi kemajuan UiTM dan bangsa kita.....

Tuesday, 19 November 2013

Pilihan Raya Kampus merupakan satu pengamalan sistem demokrasi di sesebuah universiti yang diamalkan bagi melantik sebuah jawatankuasa pelajar induk yang mengetuai semua persatuan dan badan pelajar di kampus. Seperti universiti lain, Universiti Teknologi MARA tidak terlepas daripada mengamalkan sistem pemilihan jawatankuasa perwakilan pelajar yang mana melalui proses pilihan raya tersebut, maka...

Sunday, 13 October 2013

Mock Trial merupakan satu bentuk teater yang berasaskan perbicaraan olok-olok dan sering dijadikan dalam bentuk komedi. Mock Trial boleh dikata sebagai satu tradisi tegar yang diamalkan oleh fakulti undang-undang di universiti seluruh dunia. UiTM boleh dikatakan masih agak baru dalam dalam Mock Trial dimana Mock Trial UiTM bakal memasuki edisi ketiga. Mock Trial 1 boleh dikatakan sebagai satu event...

Friday, 4 October 2013

Kupasan UI hari ini ingin mengetengahkan pertikaian beberapa mahasiswa UiTM yang suka mempersoalkan keterbukaan HEP mahupun pentadbiran Fakulti atau Kolej dalam membenarkan mereka menjalan program seperti yang mereka inginkan. Selalunya pertikaian yang sering didengari ialah dimana mahasiwa tidak berpuas hati dengan peruntukan kewangan yang diberikan kerana tidak mencukupi seperti apa yang mereka...

Friday, 13 September 2013

Baru-baru ini sedikit kontroversi meletus di laman-laman media sosial mengenai ranking QS terbaru universiti-universiti di Malaysia. Kebanyakan universiti di Malaysia mencatat sedikit penurunan bagi pasca tahun 2013. Sebelum penulis pergi jauh lebih dalam isu ini lebih afdal kiranya penulis menerangkan terlebih dahulu apakah itu QS World University Ranking. QS World University Ranking ditubuhkan...

Friday, 23 August 2013

23 Ogos - Kehangatan Hari Raya masih lagi terasa, walaupun kebanyakkan daripada penjawat awam seperti di UiTM sudah pulang bekerja seperti biasa. Tetapi amalan utama Aidilfitri iaitu ziarah menziarahi tetap dilaksanakan dengan meriah dan harmoni. Penulis ingin berkongsi kepada semua warga UiTM bagaimana pengalaman penulis mempunyai seorang kenalan yang menuntut di sebuah universiti swasta terkenal...

Monday, 5 August 2013

5 Ogos - Dikala artikel ini sedang ditulis hanya tinggal beberapa hari saja lagi untuk kita menyambut ketibaan Syawal dan mengucapkan selamat tinggal pada Ramadhan. Oleh itu kami dari meja penulis UiTM Insider ingin mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada pembaca-pembaca UiTM Insider.  Semoga ramadhan para pembaca semua menjadi ramadhan yang diberkati oleh Allah SWT dan tidak...

Thursday, 1 August 2013

1 Ogos - Umum mengetahui yang Syiah ialah kesalahan akidah yang mampu menganggu-gugat keamanan umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengamalkan Ahli Sunnah Waljamaah. Sebaik sahaja kerajaan negeri Kedah mewartakan pengharaman pengamalan Syiah ini. Isu Syiah mula hangat dibicarakan di media massa khususnya liputan Sinar Harian semalam yang telah menemu-bual Saudara Azraful, selaku Yang Dipertua...

Wednesday, 31 July 2013

31 Julai - Keputusan Peperiksaan Akhir bagi Kumpulan B, yang melibatkan program Ijazah Sarjana Muda di Universiti Teknologi MARA bakal diumumkan seawal 3 Ogos, Sabtu ini. Perkara berkenaan disahkan oleh pegawai Hal Ehwal Akademik UiTM ketika dihubungi petang tadi. Menurutnya, pengumuman itu adalah seperti yang tertera pada kalendar akademik yang diluluskan Senat. Walaubagaimanapun, katanya keputusan...

Tuesday, 30 July 2013

30 Julai - Seperti yang kita sedia maklum bahawa tempoh cuti Hari Raya Aidilfitri bagi kumpulan A, iaitu Pra Diploma, Diploma dan Asasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah tetap seperti yang diluluskan oleh Senat UiTM juga seperti yang tertera pada kalendar akademik universiti bagi ketiga-tiga jenis program terbabit. Turut ditekankan oleh Naib Canselor UiTM, melalui laman Facebook rasminya...

Saturday, 27 July 2013

27 Julai - Siapa itu GAMUS, Middle Voices, GMM mahupun aRMada... kesemuanya ini ialah media alternatif kepada para pelajar UiTM. Tidak kira apa pun pegangan mereka sama ada berpihak kepada aspirasi mahupun mahasiswa, mereka tetap dikenali sebagai media alternatif kepada para pelajar UiTM sama ada memperolehi maklumat dalaman UiTM mahupun isu semasa yang berlaku diseluruh negara. Persoalannya,...

Friday, 26 July 2013

26 Julai - Seperti yang kita sedia maklum, kolej kediaman di UiTM tidak boleh menampung keseluruhan jumlah pelajar. UiTM sebagai sebuah universiti yang mempunyai penuntut paling ramai di Malaysia secara langsung terpaksa membentuk satu sistem saringan agar hanya pelajar yang terbaik dan dikira kurang berkemampuan sahaja yang layak diberikan kemudahan tersebut. Langsungnya, apabila Jawatankuasa...

Thursday, 25 July 2013

SHAH ALAM 25 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan membina makmal baharu bernilai RM25 juta bagi menggantikan empat buah bilik makmal Fakulti Sains yang musnah dalam kebakaran pada pertengahan bulan ini. Bagaimanapun Naib Canselor UiTM, Tan Sri Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar berkata, tapak pembinaan makmal baharu tersebut belum ditetapkan oleh pihak universiti. ”Kebakaran empat makmal...