Friday, 13 September 2013



Baru-baru ini sedikit kontroversi meletus di laman-laman media sosial mengenai ranking QS terbaru universiti-universiti di Malaysia. Kebanyakan universiti di Malaysia mencatat sedikit penurunan bagi pasca tahun 2013.
Sebelum penulis pergi jauh lebih dalam isu ini lebih afdal kiranya penulis menerangkan terlebih dahulu apakah itu QS World University Ranking.

QS World University Ranking ditubuhkan pada pada tahun 2004 sebagai salah satu ranking untuk menyenarai pendekkan universiti-universiti terbaik dunia. Kini pada tahun 2013 hampir 800 universiti telah disenaraikan dalam ranking QS manakala 2000 universiti lagi masih diproses. QS menyenarai pendekkan universiti-universiti tersebut berdasarkan beberapa cara.

Cara penyenaraian universiti berdasarkan QS World University Ranking.



1. Reputasi akademik (40% dari penilaian)
QS mengukur reputasi akademik sesebuah universiti berdasarkan sebuah survei pada peringkat global. Ahli akademik akan meletakan reputasi akademik pada universiti yang mempunyai KEMAHIRAN dan KAJIAN terbaik dalam bidang mereka seperti perubatan, kejuruteraan dan lain-lain bidang.

2. Penunjuk Reputasi Majikan (10% dari penilaian)
Penunjuk reputasi majikan juga berdasarkan kaji selidik global, kali ini mengambil hampir 27,900 jawapan dari kaji selidik tersebut. Kaji selidik itu meminta majikan graduan untuk mengenal pasti universiti yang dalam pandangan mereka menghasilkan graduan terbaik. Ia adalah unik di kalangan kedudukan universiti antarabangsa.


3. Nisbah pelajar kepada fakulti (20% dari penilaian)
Ini adalah ukuran mudah bilangan staf akademik digunakan untuk setiap pelajar mendaftar. Dalam ketiadaan piawaian antarabangsa yang digunakan untuk mengukur kualiti pengajaran,  Nisbah pelajar kepada fakulti dapat memberi gambaran tentang universiti yang lengkap dengan kemudahan dan mampu untuk menyediakan saiz kelas yang kecil dan penyeliaan secara individu yang baik kepada pelajar.


4. Petikan (Citation) setiap fakulti (20% dari penilaian)
Petikan (Citation) setiap fakulti bertujuan untuk menilai hasil penyelidikan universiti. Petikan bermaksud sekeping penyelidikan yang dinamakan (dirujuk) dalam satu lagi penyelidikan. Secara umumnya, lebih kerap sekeping penyelidikan dinamakan oleh orang lain, yang lebih berpengaruh penyelidikan itu. Lebih banyak kajian sesuatu universiti itu dirujuk, lebih tinggi markah dari segi penyelidikan diberi pada universiti tersebut.

5. & ​​6. Nisbah fakulti Antarabangsa (5%) dan nisbah pelajar antarabangsa (5%)

Dua pentunjuk ukur terakhir menilai bertapa "Antarabangsa"nya sesebuah universiti itu. Ia menilai jumlah pelajar dan ahli fakulti yang antarabangsa (International). Walaupun sesebuah fakulti atau badang yang mempunyai nilai antarabangsaan yang tinggi tidak membawa makna ianya merupakan fakulti dan badan yang bagus terdapat pemboleh ubah yang berkait rapat yang boleh dinilai dari segi sesuatu sudut seperti reputasi akademik dan petikan (Citation) kajian.

Mungkin itu serba sedikit dapat membantu pembaca memahami apa tu ranking QS. Akan tetapi penulis ingin menegaskan disini bahawa QS bukan satu-satunya badan yang menghasilkan ranking untuk universiti. Terdapat pelbagai jenis ranking lagi yang menggunakan pelbagai tanda aras berbeza untuk menghasilkan senarai ranking. Antara contoh badan ranking lain ialah U.S News and World Report annual ranking.

Sekarang kita kembali semula pada persoalan utama. Mengapa ranking UiTM jatuh MENURUT QS? Jujurnya bagi pihak para admin UiTM bukanlah universiti yang sesuai untuk diukur kecermelangan menurut ranking QS kerana QS mementingkan penyelidikan (Research) manakala UiTM bukanlah sebuah universiti berteraskan penyelidikan.

UiTM lebih mementingkan untuk menghasilkan tenaga kerja (Work force) bagi Malaysia. Sudah tentulah universiti yang bukan sesuatu berteraskan penyelidikan tidak mampu mendapat ranking yang tinggi dalam sebuah ranking yang mementingkan penyelidikan. Jika dinilai dari segi penghasilan tenaga kerja sudah tentulah UiTM mendapat tempat pertama di Malaysia kerana UiTM merupakan universiti yang mempunyai jumlah pelajar paling ramai di Malaysia. Ia bergantung kepada pemboleh ubah yang digunakan untuk menghasilkan ranking.

Sebagai contohnya kita ambil Universiti Harvard dan MIT. Dalam ranking QS MIT mendapat tempat pertama dan Harvad mendapat tempat kedua. Akan tetapi dalam U.S News and World Report annual ranking MIT jatuh pada tempat ketujuh manakala Harvad mengekalkan tempat kedua. Pekara ini mudah. Setiap ranking mempunyai cara berbeza untuk menilai sesebuah universiti dan setiap universiti mungkin mempunyai kedudukan berbeza mengikut jenis ranking.

Terdapat pelbagai sebab lagi yang menyukarkan UiTM dalam mendapat kedudukan yang tinggi dalam ranking QS. Antaranya ialah

1. Jumlah pelajar UiTM yang paling ramai di Malaysia
2. Kurangnya program master dan PHD di UiTM.
3. Jumlah cawangan UiTM yang paling banyak diantara universiti di Malaysia
4. Kurangnya jumlah pelajar antarabangsa di UiTM.
5. UiTM mempunyai jumlah pelajar Diploma yang ramai.

Faktor-faktor ini sering menjadi penyebab utama jatuhnya UiTM dalam Ranking QS yang mementingkan penyelidikan. Namun dari segi lain pula faktor-faktor inilah yang membantu UiTM dalam menghasilkan lebih ramai tenaga kerja graduan berbangsa Melayu.Tidak perlulah mahasiswa-mahasiswi UiTM merasakan susah hati hanya kerana sebuah ranking yang mementingkan penyelidikan. Perlu kita ingat UiTM masih mempunyai fakulti-fakulti yang dikira terbaik di Malaysia dan menewaskan universiti lain. Antara contoh yang boleh diambil

1. Fakulti undang-undang UiTM (Persaingan ketat dengan UIA)
2. Fakulti Masscom UiTM (UiTM merupakan universiti pertama di Malaysia yang memperkenalkan ijazah Masscom sewaktu masih bergelar ITM)
3. Fakulti Art and Design UiTM (Masih belum ada universiti di malaysia yang dapat bersaing dengan UiTM dari segi Art and Design)

Akhir kata... Mohon tidak ada lagi pemimpin yang cuma reti menilai dari satu sudut seperti ini.




0 comments:

Post a Comment

UiTM Insider tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang anda berikan, komen anda adalah atas tanggungan anda sendiri.