26 Julai - Seperti yang kita sedia maklum, kolej kediaman di UiTM tidak boleh menampung keseluruhan jumlah pelajar. UiTM sebagai sebuah universiti yang mempunyai penuntut paling ramai di Malaysia secara langsung terpaksa membentuk satu sistem saringan agar hanya pelajar yang terbaik dan dikira kurang berkemampuan sahaja yang layak diberikan kemudahan tersebut.
Langsungnya, apabila Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dicipta maka satu paksi mahasiswa untuk bergiat aktif telah ditubuhkan. Namun apa sudah jadi dengan JPK sekarang? Pelbagai rungutan antara mahasiswa dapat didengari berkenaan sikap pilih bulu JPK dalam aktiviti-aktiviti kolej dan isu kelayakan pelajar untuk menduduki kolej kediaman.
JPK kini dianggap makin kehilangan fungsi kerana tidak mampu bertindak secara efektif dalam menyampaikan permasalahan mahasiswa yang menginap di kolej pada pihak pengurusan kolej.
Contoh terdekat yang boleh diambil ialah JPK Kolej Perindu. Pada minggu peperiksaan semester Jun 2013 satu “spotcheck” barangan elektrik tidak berdaftar telah dilakukan oleh pihak pengurusan kolej. Apakah relevannya spotcheck tersebut dilakukan pada minggu peperiksaan?
Pengurusan melakukan spotcheck tersebut dengan bantuan para JPK perindu. Dimanakah tanggungjawab JPK dalam menyampaikan suara penghuni kolej kediaman ketika itu? Tidak mungkin pengurusan dan JPK tidak sedar yang bahawa rata-rata pelajar sedang belajar pada waktu tersebut.
Harus diingatkan bahawa terdapat pelajar yang telah tamat peperiksaan awal dan pulang ke kampung halaman. Malah, sebilangan pelajar pula akan keluar belajar di perpustakaan dan fakulti masing-masing. Kritikalnya, mereka yang akan mengambil peperiksaan pada keesokan harinya. Pasti pemeriksaan remeh temeh ini mengganggu mereka untuk mengulangkaji pelajaran.
Minggu peperiksaan ini merupakan waktu genting buat mahasiswa mentelaah pelajaran lebih-lebih lagi minggu mengulangkaji yang dipendekkan kerana jumlah cuti yang terlalu banyak pada semester ini. Seharusnya, minggu ini tidak disentuh oleh pengurusan dengan alasan untuk membuat pemeriksaan barangan elektrik.
Persoalannya, sejauhmanakah efektifnya pemeriksaan ini ketika jumlah penghuni kolej tidak mencapai kapasiti yang sepatutnya? Adakah pengurusan selama ini bergoyang kaki bersama JPK sehingga tiada masa, dan terpaksa memilih minggu peperiksaan?
Salah guna kuasa juga dilihat makin kerap berlaku dalam JPK. Terutamanya Kolej Jati, Perindu, Mawar dan Melati. Mereka sering memaksa pelajar untuk bergiat aktif dalam aktiviti kolej tanpa kerelaan pelajar sendiri. Pelajar ditahan dari pulang bermalam pada hujung minggu kerana aktiviti bukanlah satu perkara yang asing.
Antara ugutan yang sering dilemparkan dari pihak JPK adalah pelajar tersebut tidak akan mendapat kolej jika tidak hadir dalam sesuatu aktiviti anjuran JPK. Begitu besarkah kuasa JPK? Adakah mereka mempunyai kuasa menewaskan persatuan-persatuan pelajar yang lain? Dimanakah ruang untuk persatuan dalaman universiti untuk mempromosikan aktiviti dan program yang mereka anjurkan?
Cukup sekadar mewajibkan pelajar dan memaksa mereka datang? Tidakkah itu bermakna aktiviti anjuran JPK sekadar syok sendiri? Alasan berupa ugutan yang meletakkan kelayakan untuk menghuni kolej pada semester seterusnya merupakan satu kezaliman berganda. Hal ini kerana, menyertai aktiviti anjuran JPK, yang diwajibkan bukanlah satu jaminan bahawa permohonan menduduki kolej kediaman akan berjaya. Paksaan satu perkara, penipuan sebuah lagi perkara.
Pelajar yang ingin menginap di kolej akan hadir ke program-program tersebut tanpa sebarang ugutan atau paksaan. Jika pelajar tidak hadir ke program-program anjuran JPK itu biarkan sahaja mereka kerana mungkin mereka aktif dalam aktiviti-aktiviti lain di UiTM selain aktiviti kolej. Jika mereka memang tidak aktif maka itu satu pentanda yang jelas yang bahawa mereka memang tidak perlukan kemudahan tersebut.
Tambahan lagi, terdapat JPK yang dengan murah hatinya memberi kupon pada sahabat-sahabat mereka secara percuma. Beruntunglah bagi mereka yang punyai hubungan baik dengan JPK. Tidak perlu hadir ke program cukup dengan sekadar meminta kupon lebih secara percuma dari JPK.
Perkara ini sedikit sebanyak menutup peluang lain bagi pelajar-perlajar yang benar-benar aktif. Tidakkah JPK sedar bahawa apa yang mereka lakukan ini salah satu bentuk korupsi dan pengamalan kronisme?
Mengapa kejayaan seseorang pelajar menganjurkan program diperingkat universiti dan antarabangsa tidak dijadikan penilaian? mengapa penglibatan pelajar dalam aktiviti luar kampus yang diiktiraf badan ternama tertentu tidak dianggap layak menduduki kolej?
Antara rungutan yang paling nyata dalam kalangan pelajar aktif ialah bagaimana sesuatu pengkelasan kupon itu diklasifikasikan? Apakah pembezaan antara kupon kolej kediaman dan kupon anjuran persatuan dan MPP itu releven pada waktu sekarang?
Apakah seluruh mahasiswa kampus selepas ini tidak perlu aktif berpersatuan dan hanya perlu fokus kepada aktiviti kolej? apakah dengan cara ini dapat menunjukkan bahawa aktiviti anjuran JPK itu berjaya dengan menarik puluhan ribu penyertaan? Apakah aktiviti JPK sahaja boleh menjamin pekerjaan pada masa akan datang sekiranya penyertaan mereka ditampal ke dalam resume?
Kegagalan menjalankan tanggungjawab sebagai perwakilan adalah berpunca daripada pemilihan JPK itu sendiri. Kegagalan mereka dalam membela nasib mahasiswa yang tinggal di kolej adalah kerana mereka memang bukan dipilih oleh mahasiswa yang sebaliknya dicaturkan oleh pengurusan sendiri.
Semakin baik dan aktif seseorang itu menundukkan kepalanya ketika berhadapan dengan pengurusan kolej, semakin tinggi peluangnya untuk dilantik sebagai JPK. Semakin baik hubungan seseorang itu dengan JPK sebelumnya, semakin besar peluangnya untuk memegang jawatan penting di dalam sesebuah kolej kediaman.
Realitinya, mereka dipilih dari batch JPK yang terdahulu. Jauh bezanya JPK UiTM dengan JPK-JPK di universiti lain yang perlu melalui proses pilihanraya seperti MPP. Ambil UTHM sebagai contoh di mana Jawatankuasa Perwakilan Kolej dipilih sendiri oleh mahasiswa melalui sistem pilihan raya kolej kediaman.
Satu tindakan transformasi perlu dilakukan dengan segera agar JPK menjadi lebih efektif pada masa hadapan. Ingat para JPK, anda bukan yang berhormat, sebaliknya anda yang berkhidmat. Jika ingin menjadi pengganti pada MPP dalam kawasan kolej maka lakukan kerja anda dengan baik.
MPP UiTM juga harus cakna. Anda juga harus memainkan peranan dalam isu ini kerana penghuni kolej juga pelajar UiTM. Apa gunanya wujud Exco Penempatan dan Kolej jika mereka tidak bersuara. Adakah MPP sendiri sudah tidak mampu bersuara terhadap JPK? Sedangkan JPK juga berada dibawah MPP.
bgus la ni ada artikel mcm ni kn..harap dapat bukak mata semua org terutama JPK2..benda ni da lama da jadi..
ReplyDeletecth paling best time diorg JPK time nk SUKOL..beria2 cari org suruh masuk dgn janji dpt kolej semester depan..ble ujung2 sem da tukar da..x dak da janji 2 atas alasan x dak itam putih janji cm2..
terima kasih atass pandangn yg membina saudara. apa yg diutarakn sya akn bawa bincng ke pihak yg berwajib..
ReplyDeleteartikel ni ditulis oleh seorang yg x sesuai dok kolej. ingat kemudahan kolej UiTM x samer ngan IPT lain. kolej UiTM terhad sedangkn IPT lain mcm UTM, UPM byk kolej dan mereka diberikn kolej sepnjng pengajian! siapa lg nk turun aktiviti kolej kalo bkn pelajar kolej?? sbgi pelajar kolej tnggungjwb dorng kena hadir program, klo x suka dipaksa, nak bebas jd pelajar NR. pilihanraya JPK dh lama dicadangkn tp x rasional sbb kolej UiTM penghuninya x bersifat tetap mcm pelajar fakulti. utk ape pelajar sem ni pilih JPK tp sem dpn dh masuk pelajar kolej baru. samer je? saper ckp pemilihn JPK senang?? notis sape beminat dinaikkn dn kemudian ade temuduga dgn pegawai kolej dn pengetua. psl spotcheck pown ape isunya?? dh nama pun spotcheck boleh dilakukn bila2 masa, lama sgt ke spotcheck dijalankn?? mengganggu sgt ker??? kalo ikut peraturn dh bayar yuran elektrik xde masalah pown nk bg kejesama. yg ader di library ke apa ke biarlh, ader ke JPK smpai paksa balik bilik?? sekali lg ckp penulis artikel ni mmg x sesuai jd pelajar kolej sbb dia nk bebas dn buat apa dia suka, jd bg peluang dn ruang kolej 2 kepada pelajar lain. TQ
ReplyDeleteBenda nie mudah ja...KOlej ada lah satu kemudahan...kolej juga satu institusi dalaman...jika anda rasa tida boleh mematuhi peraturan yang ditetapkan ringan-ringankan kaki tinggal diluar, jangan sikap buruk sendiri nak tunding jari dekat orang
ReplyDeleteAku syak budak2 GMM ramai dari JPK la. Ramai sgt yang mengamuk pasal artikel nih kat group tuh. Kat group2 lain aku perhati sambutan agak elok. Tak tau kenapa kat group GMM tu respon dia jadi lain bila ko post artikel nih kat situ. Kalau pengkianat tu pengkianat jugak..
ReplyDeleteAkhirnya ada yang bersuara untuk kami... dah lama dah aku perhati salah guna kuasa JPK nih.
ReplyDeletekat kolej aku ramai JPK yg bagi kupon free kat member2... mohon pihak pengurusan peka dan cantas JPK korup mcm nih.. Kepada UiTM Insider teruskan bersuara! Tolong bela kami semua.. nak harapkan kat MPP Exco Penempatan dan Kolej pun mereka mcm sayur nak lawan JPK.. Tak tahu lah kenapa.. Tolonglah MPP. Bertindaklah cepat.
ReplyDeleteYg memberi komen kat artikel ni dan mempertahankan JPK tak ada sorang pun sebut pasal JPK korup beri kupon percuma pada rakan2.. mengapakah? tidak nampak atau buta realiti?
ReplyDeleteyang menulis artikel ni mungkin menaip membabi buta agaknya,sesuka hati menaip.mungkin yang menaip artikel ni ptut jadi jpk dulu sebelum selayaknya tulis artikel ni. untuk pengetahuan keputusan penempatan klej tu bidang kuasa staf dan pihak kolej.jpk ni takde kena mengena pun.jpk ni tlg adakan aktiviti tu pun nak tolong student dptkan kupon & merit. dan lg 1 aku rasa pelajar yg duduk olej ni patutnya bersyukur, ini tak bila tak buat aktiviti kata jpk tak buat kerja,bila dah buat nak turun bukan main susah lagi. lepas tu ambil inisiatif tulis benda yang tak betul macam ni. dan untuk pengetahuan si penaip artikel, bukan semua jpk kole mcm yang kau sebutkan. jadi tolong jaga bahasa dan setiap inci ayat yang awak tulis. kalau dah cukup bagus pergi ambil borang jadi jpk.sebab kebanyakn kolej sekarang kalau nak jadi jpk kena interview dan pergi kursus. at least yang jadi jpk ni ada inisiatif nak memajukan diri bukannya harapkan orang buatkan event untuk kau je!
ReplyDeleteIni adalah benar....bagi segelintir pengetua mereka memilih JPK dari kalangan yang mereka suka dan bertujuan boleh melindungi kerja korupsi yang mereka lakukan....bahkan JPK anak ikan tersebut sendiri tidak tahu apa matlamat sebenar pengetua kolej mereka , terlalu ikut telunjuk segelintir pengetua tersebut....Segelintir pengetua amal korupsi....jaga koloni2 mereka....duit program yang diperuntukkan dalam Tabung Amanah Kolej yang sepatutnya diberikan kepada pelajar masuk poket mereka..Macam mana ini boleh berlaku?..Macam mana ini boleh kita lepas pandang ?.Korupsi....dibahagikan pula dengan staf yang berkompromi....contoh duit makan program , printing , dan sebagainya..Semua sapu..Bagi segelintir pengetua itu , tak cukupkah dengan elaun pengetua yang diberi + kediaman....Kenapa?....Allah SWT maha mengetahui.....Kemenangan akan berpihak kepada kebenaran juga akhirnya...Sebab itu pilihanraya JPK penting....
ReplyDeleteKenapa ada yang x puas hati pasal spotcheck..Dah memang salah buat spotcheck time nak exam..Serabut je nak buat spotcheck time tu..Ganggu ktorg yang study tme tu..Kalau nak buat spotcheck,buat awal sem..Lagi 1,ada staff kolej yang agak kurang ajar..Sebagai contoh,time nak lalu jalan bertwmbung dengan staff tersebut,ktorg guna motosikal je,dia guna kereta,x ke tepi pun...Hebat sangat staff tu? Apa jawatan staff tu dah setaraf dengan TNC sampai mcm tu?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Mohon untuk mewakili suara JPK.
ReplyDeleteIsu spotcheck.
Kami sebagai JPK, ingat nak sangat ke buat spotcheck? Ingat kami rajin sangat nak naik setiap aras dan masuk setiap bilik untuk cek satu-satu peralatan elektrik penghuni? NOOO. kami tak rajin untuk lakukan semua tu. TAPI KAMI TAU TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB kami, kami lakukan demi menjalankan tugas. kami juga harus belajar pada waktu study week. takkan kami terhegeh-hegeh nak sogok pihak pengurusan untuk buat spotcheck? Nak halang pihak pengurusan daripada buat sptcheck? ok, anda try halang.
Isu penempatan kolej.
FYI, pihak JPK tiada kuasa menentukan siapa yang layak dan siapa yang tidak. itu semua tugasan pihak ofis. kami mungkin hanya mampu suggest kan nama penghuni yang aktif, tapi kami TIADA HAK untuk menentukan siapa yang layak atau tidak. Kalau tak masa kan ada atlet SUKOL yang dijanjikan kolej mesih tak dapat kolej? sedangkan atlet sukol itu adalah aset kolej dan JPK sukan. Nama telah diberi namun yang menentukan hanya pihak kolej. JPK TIDAK KORUP DALAM ISU PENEMPATAN KOLEJ.
Isu paksa penghuni turun aktiviti kolej.
Mungkin ada segelintir JPK yang kata "tak turun maka tiada kolej". Ya, bunyi seolah-olah ugutan dan paksaan namun itu adalah salah satu cara untuk menurunkan pelajar utk aktivti yang dianjurkan. Sebagai contoh, MALAM PENGENALAN PENGURUSAN DAN PPP. kalau kami sebagai JPK tak jadikan ia aktiviti wajib, adakah pelajar akan turun? TIDAK. dan apabila pelajar tak turun, ia menyusahkan pihak pentadbiran utk menguruskan penghuninya yang mungkin tidak jelas langsung hal-hal berkaitan dengan kolej. seperti bagaimana nak buat aduan, cadangan di saluran yang benar, fungsi dan tugas PPP dan JPK. ini semua penting untuk penghuni mengetahuinya! semua untuk kebaikan. bukan kena bayar pun setiap kali turun aktiviti. JPK BUKAN KOMUNIS DAN TIDAK KORUP.
Isu KUPON.
Saya sebagai JPK TIDAK PERNAH bagi kupon kepada kawan sewenang-wenangnya. Kawan, kawan jugak tapi tugas adalah tugas. Atau mungkin yang anda anggap kawan itu adalah AJK kepada JPK tersebut. atau lebih senang lagi, apabila mengetahui tentang JPK bagi kupon kepada kawan mereka, terus pergi jumpa jpk tersebut dan minta penjelasan. jangan hanya dengar cerita dari mulut orang.
Isu korup dengan duit program.
Sejujurnya saya sebagai JPK tidak pernah mengambil duit lebihan program sebaliknya memberikan semula kepada pihak pengurusan. dan setiap pembelian memerlukan resit sebagai bukti pembayaran dan SELALUNYA KAMI DAHULUKAN DUIT KAMI. berbeza dengan MPP yang dapat elaun. kami JPK tak dapat apa-apa melainkan pengecualian yuran kolej dan kami perlu bertugas sepanjang semester! apabila berlngsung sesuatu program, pelbagai duit kami perlu keluarkan, duit topup sendiri (contact pihak yang terlibat), duit minyak sendiri(bergerak kesana sini utk lancarkan program). semua sendiri! tiada siapa yang ganti pun? adilkah pada kami? tapi kami tak pernah merungut. sebaliknya kami sentiasa memikirkan kebajikan pelajar dengan berusaha sedaya upaya untuk memberikan makanan dan minuman pada setiap aktiviti yang dijalankan.
Ada ke kami jalankan aktiviti yang tak baik? ada yang illegal? NOO. Semua untuk kebaikan.
Apbila rasa tidak puas hati menyelubungi diri dengan penempatan kolej ini, maka saya cadangkan agar anda isi borang utk jadi JPK dan berusaha sedaya upaya untuk PUASKAN HATI SEMUA ORANG TANPA ADA TERKECUALI. dengan itu, anda seorang JPK YANG BERAJAYA.
Perlu diingat, JPK juga seorang pelajar. tiada gaji yang kami dapat.kami hanya menjalankan tugas dan untuk bersaing demi mendapatkan kolej dan tempat di UITM. kami berusaha kenapa tidak anda? renung-renungkan dan selamat beramal.
Mungkin itu yang berlaku di kolej anda....tidak bagi kolej kami....saya pun bekas jpk saya tahu.....jpk yang bersungguh2 untuk buat program tapi pihak pengurusan yang songlap duit TAK student terutama segelintir pengetua tersebut bersama stafnya....Cuba bayangkan paperwork just dummy untuk mereka dapatkan duit tersebut....Program yang run?Cuma Allah SWT yang tahu....
DeleteKolej mne yg songlap tu, x jelas. Habaq mai nk siasat. Kite ade audit tiap sem.
Deletekepada bekas JPK : jika itu yang berlaku di kolej anda laporkan kepada audit. kita ada audit UITM yg setiap tahun dtg ke kolej.
Deletebagi saya artikel ini tidak adil kepada semua jpk uitm kerana bukan semua jpk seperti yang dinyatakan. jika ada masalah berbangkit mohon laporkan kepada pihak tertinggi seperti TNC dan Pengarah Pembangunan Pelajar. Jadilah mahasiswa mahasiswi yang bijak dalam bertindak bukan merosakkan lagi nama pelajar uitm dgn artikel sebegini
komen nak selamat...kih3x ni mesti pengetua kolej yng komen ni... phuii
DeleteBekas JPK : Macam saya cakap , saya akan cuba bagi contoh .....satunya duit makan bagi program.....pengetua deal dengan caterer 50%-50% ....means dalam LO caterer akan tulis jumlah sebenar.....tapi duit tersebut diambil oleh segelintir pengetua tersebut..boleh ka audit detect kalau kes amcam tu?....cuba terangkan?..kalau diberikan balik kepada jpk untuk run program tidak apa...tetapi dibahagikan kepada dirinya dan staf-stafnya....paperwork kadang2 xboleh detect.....apa2 pun berhati2....jangan sampai kegiatan anda kantoi....kantoi di mata manusia , x kantoi di mata Allah SWT
DeleteBekas jpk : untuk yang komen tentang Jadilah mahasiswa mahasiswi yang bijak dalam bertindak bukan merosakkan lagi nama pelajar uitm dgn artikel sebegini... Ini jawapan saya.... siapa kita , bila kita bersuara...siapa yang akan dengar....balik2 kita yang akan dipersalahkan....Tujuan bukan untuk memburukkan , tapi sebagai iktibar
Deletelancau jpk tak korup! aku bekas jpk tahu apa sebenarnya jadi. bukan semua baik. betul ada yang tulus ikhlas nak kerja. tapi bukan semua. hep pun ada yg songlap duit. kalau berani bongkar la kes korupsi dorang
ReplyDeleteApe bende korang semua merepek ni? jadi jpk dulu la baru boleh bukak mulut.susahnya ktorg nk run program,sng je ckp itu ini.byk cantik.
ReplyDeleteKepada yang menuduh ada pihak "songlap" duit program (atau duit pelajar), dari sumber mana kalian peroleh? Mulut ke mulut? Atau pernah tengok depan mata? Atau ada kes sebegini yang pernah masuk "mahkamah" UiTM dan tersebar? Atau sekadar tahu dari kawan2? Atau hanya satu rekaan nak sedapkan artikel/komen?
ReplyDeleteSaya pelajar, seorang Islam. Jangan ada sifat TUDUH MENUDUH tanpa bukti. Takut apa yang kita tulis nanti akan ditanya kelak di mahkamah Allah. Main point here is, selidik dahulu kesahihan sesuatu berita. Jangan suka wujudkan situasi panas.
Kalau ada kes "songlap" dalam isu ini, kenapa saudara tidak utarakan kepada pihak yang betul supaya pihak kaki songlap itu dibicarakan?
Salam Ramadan :)
Songlap? Ye ke? Kalau tgk komen mcm korang x puas hati duit tu x dpt kat korang. Kalau dapat sure isu ni x timbul kan. Guru aku pernah ckp. Ada 3 benda je punca orang x puas hati. Pertama.. Dia cemburu akan apa yang dia x dpt.Kedua . Dia rasa kedudukan dia terjejas atas kesenangan org. Dan ketiga..dia rasa cemburu akan kelebihan yg ada pd org lain.. Cuba fikir2kan... Cuba ckp dgn fakta dan bukti... Nyatakan situasi yg benar.. Kalau tgk komen semua pengecut. Baling batu sembunyi tangan..boleh jatuh fitnah... Kalau komen suruh igt tuhan. Tp korang mnfitnah x igt tuhan. Kalau betul. Tunjukkan. Sampai bila nak teruskan korupsi ini berlaku.. Setakat ckp abis kat sini. Budak tadika pun boleh ckp. Kita belajar smpai universiti, otak mcm budak tadika. Mcm mane tu?
ReplyDeleteErm maaf JPK memang ada hak untuk memaksa student well hello ko pikir ko buat event pastu student tak datang ape perasaan kau? Sekian
ReplyDeleteSemua nak senang je xnak dtg event. Lpas tu nak kolej. Kalau jpk xpaksa mmg x lah diorg nak turun. Diorg perlukan kesedaran tuk turun event. Then uitm dulu prnah jalankan pilihanraya tuk pilih jpk. Tp masalah lebih besar jd bila yg pergi bertanding rupanya kumpulan yg senior suruh pergi tuk jd jpk. Bila pegawai kolej yg pilih lain sikit. Sbb pegawai lebih matang dlm pemilihan.
ReplyDelete