Sunday, 24 November 2013

Dari Meja Penulis;

Percaya bahawa wujudnya sesuatu yang tidak kena dengan sistem Pilihan Raya Kampus di UiTM amat membantu kami untuk terus menggali setiap lubang rahsia yang ditutup rapi oleh pihak tertentu.

Benar, adakalanya maklumat yang disampaikan kurang tepat tetapi juga hampir tepat dan ada yang benar sehingga membimbangkan pihak yang membina lubang rahsia tersebut.

Wujud mahasiswa yang menentang pembongkaran. Kami dianggap cuba memecahkan perpaduan. Tetapi itu tidak cukup untuk mematahkan semangat kami untuk menjelaskan, bahawa kata kata Dr Jamaluddin Ahmad, pensyarah Fakulti Pendidikan amat tepat dan tidak dinafikan.


Terdiri dari mereka di luar sana, tidak faham dan kurang jelas akan apakah permainan yang berlegar di sebalik bingkai laman sosial yang bertubi menekankan agar mahasiswa memboikot Pilihan Raya Kampus di UiTM.

*Mohon rujuk artikle sebelumnya yang berlegar kepada penjelasan apakah itu Pilihan Raya Kampus.

Apa yang ingin kami sampaikan di dalam kertas ini adalah sebab dan beberapa situasi yang tak disusuli dengan bukti tetapi cukup untuk mahasiswa berfikir dan mereka akan tahu jawapannya sendiri.

Mengapa kami katakan, bahawa sistem kita tidak kena dan kita perlu lakukan sesuatu?

Pertama: Tarikh Penting
Pilihan Raya Kampus merupakan hak mahasiswa, mereka berhak dimaklumkan tentang tarikh penting yang wajib diwar-warkan agar mahasiswa maklum bahawa akan ada sebuah pemilihan Jawatankuasa Perwakilan Pelajar dalam masa terdekat.

Tetapi proses ini tidak berlaku seperti yang sepatutnya di mana Hal Ehwal Pelajar merahsiakan tarikh penting tersebut. Hasilnya, mahasiswa berkata "..tiba tiba ja dah ada proses pengambilan borang, tak tahu pun?"

Kedua: Hak Pemilih dan Perwakilan Diploma
Semua sedia maklum, bahawa dari tarikh 19 November, iaitu tarikh pengambilan borang pencalonan adalah waktu cuti semester pelajar diploma. Tapi proses itu berjalan seolah menafikan hak pelajar diploma untuk mencalonkan diri mereka sebagai perwakilan. 

Ia dirancang. Mustahil lembaga akademik universiti tidak sedar bahawa pelajar diploma masih dalam cuti semester.

Ketiga: Tandatangan Dekan Fakulti
Ketika sesi penyerahan borang pada 21 November, hanya calon yang diperkenalkan MPP sahaja akan menerima tandatangan dekan, calon yang tidak menghadiri kem rahsia yang tidak diwar-warkan akan ditolak mentah mentah oleh dekan.

Malah wujud pula calon yang ditolak oleh dekan kerana terdapat unsur kononnya calon membawa perwatakan politik PAS, sebagai bukti calon Fakulti Dr. Jamaluddin yang bertudung labuh tidak dibenarkan dekan untuk bertanding.

Ada juga dekan yang hilang. Anehnya calon daripada MPP berjaya mendapatkan tandatangan dekan. Juga seperti dirancang.

Keempat: Kem Rahsia Hal Ehwal Pelajar
Calon calon yang dipilih oleh Hal Ehwal Pelajar telah berjaya menghadiri lebih daripada 3 kem seperti wawi dan beberapa kem lain di Kiwa, Sepang dan Kem Biro Tata Negara. Kem ini merupakan syarat utama yang melayakkan seseorang itu untuk mendapatkan tanda tangan Dekan.

Namun tidak satu pun daripada kem ini diketahui umum, melainkan calon yang datang daripada hasil hubungan baik dengan ahli MPP atau calon pilihan MPP. Adakah ini juga satu kebetulan? 3 daripadanya dan kesemuanya tidak diketahui umum.

Kelima: Penglibatan Alumni, BTN, RPM dan Pegawai Khas Timbalan Menteri
Wujud penglibatan anggota tertentu seperti Biro Tata Negara dan Revolusi Pemimpin Muda dalam memaksa perubahan pendapat atau Brainwash dalam kalangan calon. Calon didoktrin agar mendokong hasrat kerajaan dan universiti.

Malah wujud penglibatan secara langsung Pegawai Khas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam proses yang sama ketika di Intekma Resort yang mana tempat calon dikumpulkan. Masih kami terfikir, apakah tujuan sebenar penglibatannya?

Keenam: Menang Tanpa Bertanding
Disebabkan MPP gagal mendapatkan calon yang punya komitmen dan nilai kepimpinan sebenar, mereka hanya mampu dapatkan calon yang berstatus tangkap muat dan tanpa pengalaman yang cukup dalam erti kata layak untuk memimpin.

Malah calon pilihan MPP berkurangan atas faktor calon tidak yakin dengan diri sendiri sehinggakan hampir 17 daripada 25 fakulti dianggarkan bakal menang tanpa bertanding. Jika MPP menang tanpa bertanding, adakah dia sebenarnya pilihan mahaisiswa? 

Apa pula makna sebuah pemilihan jika tiada pertandingan. Tiada yang mencabar dan hanya ada yang memang dirancang untuk terus menang.

Ketujuh: Kerusi YDP
Ideologi MPP sebelum ini dilihat gagal membawa perubahan serta mengalirkan suara mahasiswa di medan yang betul. Tidak membawa kelandasan yang betul atau tiada usaha untuk berbuat begitu. Namun wujud MPP yang turun dan berniat bertanding semula untuk menyambung ideologi sama. 

Malah wujud pertelingkahan kerana kedua dua perwakilan merebut jawatan tertinggi majlis tersebut iaitu kerusi Yang Di Pertua seperti juga dirancang.

Tidakpun begitu, jika mantan MPP ini tidak bertanding, wujud kabinet bayangan yang disusun agar ideologi sama diteruskan. Ideologi ini adalah berbentuk taat kepada Hal Ehwal Pelajar dan tidak terlalu mengikut kehendak mahasiswa.

Kelapan: Sistem e-Voting
Andainya ada pertandingan antara mana mana calon secara terbuka, sistem ini seolah tidak lagi boleh dipercaya. Seperti kebiasaan, calon pilihan MPP akan menang yang seolah wujud kepada perubahan nombor.

Juga suatu yang dirancang.

Kesembilan: Siapakah Calon
Calon yang dipilih secara tangkap muat berkemungkinan tidak terlalu aktif dalam kehidupan kampus. Mungkin juga tidak menyertai mana-mana persatuan dalaman. Calon baru akan digilap melalui kem rahsia HEP.

Selain calon tak berpengalaman, muncul penambahan kepada calon lelaki yang bersifat lembut atau feminin.

Ketika sesi pemilihan, akan wujud satu fenomena bahawa pelajar terpaksa mengundi calon walaupun mereka langsung tidak mengenalinya. Kerana memilih wakil ketika PRK berlangsung bukanlah satu pilihan untuk pemilih di UiTM.

Akhir kata, kami tiada bukti bertulis yang boleh diselarikan dengan penulisan ini, tapi cukup untuk wujudkan kesedaran bahawa Hal Ehwal Pelajar perlu menjawab setiap keadaan dan situasi yang berlaku secara rahsia dan terancang.

Jika mahasiswa tidak tanya sekarang, maka benar bahawa peluang itu jelas hanya datang sekali. Sekian, terima kasih. - 24/11/2013

11 comments:

  1. Sama mcm politeknik

    ReplyDelete
  2. Sepanjang Penamaan calon sebentar tadi perasan atau tidak banyak yang mahasiswa dikaburi dgn permainan HEP. tapi mungkin itu cara mereka.

    dengar cerita juga, calon FKPM yang menang tanpa bertanding dikatakan seorang maknyah. tapi kenapa boleh jadi MPP. kalau dah contoh macam itu, student lagilah.

    ReplyDelete
  3. Mana Azraful sewaktu penamaan calon? takut atau bersembunyi.

    ReplyDelete
  4. JANGAN SIBUK DENGAN HAL LAIN LAGI, TERUSKAN BOIKOT! MUNGKIN BENDA NI CUMA 50-50 TAPI KITA KENA TUNJUK ADA PERLAWANAN! NO POINT KITA TURUN MENGUNDI!

    -BUKAN BUDAK HELL'S ENGINE-

    ReplyDelete
  5. Xda bukti yang selari..bermaksud ini andaian..ataupun lebih tepat lagi FITNAH?? Bersetuju bukan?? Jangan kerana xdpt berkuasa fitnah berleluasa...

    ReplyDelete
  6. Weh celaka! Kalau berani turun la fakulti kami! jangan sembang kat internet je.

    _Ayie_
    Hell's Engine

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam ajak bergaduh ke.. cukup kuat ke nak celaka kan orang? dah besar?

      Delete
  7. xde bukti, takut mendatangkan fitnah...... kalau xdapat berkuasa, jangan mencanang pelbagai cerita

    ReplyDelete
  8. budak kelas saya (dah jadi calon MPP skrg) ada menghadiri kem di Sepang hari tue.

    ReplyDelete
  9. budak kelas saya (dah jadi calon MPP pun skrg), ada menghadiri kem di Sepang hari tue. dia sendiri bercerita kpd saya.

    ReplyDelete
  10. sy sokong!!!! fakulti fssr calon yg mng dr puncak alam.... mmg x prnah nmpak muka kt fakulti.... mcm mn kbajikan km yg kt shh alam ni dya nk jg? sdgkan dya kt pncak alam...

    ReplyDelete

UiTM Insider tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang anda berikan, komen anda adalah atas tanggungan anda sendiri.