Sunday, 13 October 2013


Mock Trial merupakan satu bentuk teater yang berasaskan perbicaraan olok-olok dan sering dijadikan dalam bentuk komedi. Mock Trial boleh dikata sebagai satu tradisi tegar yang diamalkan oleh fakulti undang-undang di universiti seluruh dunia. UiTM boleh dikatakan masih agak baru dalam dalam Mock Trial dimana Mock Trial UiTM bakal memasuki edisi ketiga.

Mock Trial 1 boleh dikatakan sebagai satu event yang berjaya dalam menarik orang ramai dan dari segi penyampai teater yang agak baik. Mock Trial 1 banyak menerima kritikan positif dari pelbagai pihak sama ada dari dalam atau luar UiTM. Akan tetapi perkara yang berbeza berlaku untuk Mock Trial 2. Sehingga ada yang mengkritik yang bahawa mahasiswa fakulti undang-undang UiTM yang lebih junior gagal mengatasi mahupun menyamai senior mereka dari segi pengurusan dan kualiti pementasan teater.

Mock Trial 2 dilihat seolah-olah satu-satunya aspek yang boleh dipuji ialah teknik promosi yang digunakan oleh Law Soc UiTM. Teknik promosi yang digunakan begitu berkesan sehingga berjaya menarik begitu ramai warga UiTM untuk menghadiri Mock Trial 2. Akan tetapi promosi yang digembar-gemburkan seolah-olah tidak seiring dengan kualiti teater yang disampaikan. Prop yang dihasilkan dilihat seolah-olah tidak berkualiti sehingga jatuh sewaktu pementasan. Itu masih lagi belum dikira dari segi teknikal dan sistem bunyi yang dilihat seolah-olah tidak terkawal dan mahu memecahkan gegendang telinga penonton. Akan tetapi aspek yang paling kritikal sudah tentulah aspek penulisan skrip yang dilihat seolah-olah agak hambar apabila dipentaskan secara langsung.

Terdapat pelbagai masalah yang dilihat menghantui pengurusan Mock Trial 2. Antara masalah yang kononnya sering menjadi buah mulut ialah masalah kronisme dalam pengurusan Mock Trial 2 oleh Law Soc UiTM. Biarpun Mock Trial merupakan hasil kerja pelajar jurusan undang-undang ia bukanlah hasil tanya seratus peratus dari pelajar fakulti undang-undang. Terdapat ramai pelajar dari fakulti lain yang turut sama memberi sumbangan tenaga untuk menjayakan mock trial samada dari krew produksi ataupun senarai pelakon. Sebagai contohnya terdapat beberapa penari,pelakon mahupun musikal dianggotai oleh mereka yang bukannya dari fakulti undang-undang.

Melalui sumber yang didapati pada awalnya penglibatan pelajar dari fakulti lain ini untuk memberi peluang mereka agar fakulti lain dapat merasai pementasan Mock Trial yang dianggap satu pementasan teater yang besar bagi para pelajar undang-undang UiTM. Malangnya niat baik pada awalnya telah disalah gunakan oleh pengurusan Law Soc yang seakan-akan hanya mempergunakan pelajar dari jurusan lain.

Antara masalah yang sering dipertikaikan ialah dimana kebajikan para pelajar jurusan lain tidak dijaga seperti makanan dan tempat tinggal tidak disediakan semasa latihan intensif selama seminggu ketika cuti semester, begitu juga dengan layanan pengurusan Law Soc yang dikatakan berlagak dan lebih bertindak syok sendiri tanpa pernah terbuka menerima teguran dari krew Mock trial.

Dikatakan isu ini telah pun sampai ke tahap pengetahuan Timbalan dekan fakulti tetapi malangnya Timbalan dekan fakulti undang-undang ketika itu hanya bertindak mendiamkan diri selepas mendengar rungutan pelajar dari jurusan lain.

Yang menjadi persoalannya, dimanakah duit kejayaan Mock trial 2 disalurkan setelah tiket penjualan sebanyak RM5 dikatakan Sold Out sehingga hampir mencecah 2000 penonton tetapi duitnya langsung tidak dirasai oleh pelajar yang terlibat. Adakah semuanya disalurkan ke Law Soc atau fakulti undang-undang semata?

Selain itu juga, melalui sumber yang dipercayai juga menyatakan yang Mock trial 2 juga mendapat peruntukan bajet dari fakulti melalui tabung TAPA sehingga menjejaskan program lain dalam fakulti undang-undang tetapi ia tetap dikatakan tidak mencukupi sehingga meminta bajet tambahan. Maka persoalan dimanakah saluran duit berkenaan juga menjadi salah satu isu utama dalam Mock trial 2 fakulti undang-undang tahun lepas.

Tetapi yang paling utama sudah pastilah tahap persembahan yang hambar dalam Mock trial 2 sudah pasti mengecewakan penonton yang bukan sahaja pelajar UiTM tetapi juga melibatkan penonton dari university luar. Lebih menyedihkan apabila pihak Law Soc sendiri telah mengawal laman sosial twitter dengan "Delete" segala komen tweet yang negatif dan bersepakat bersama ahli mereka untuk hanya "Retweet" komen-komen yang positif sahaja bagi menutup pekung didada mereka yang telah pun sah-sah terdedah.

Perilaku mereka yang syok sendiri dan tidak pernah terbuka untuk menerima kritikan bagi membangunkan diri itulah yang paling mengecewakan semua pihak kerana secara terang-terangan ia memalukan. Justeru pihak UI harap Law Soc dapat mengambil teguran ini dengan terbuka dan tidak melakukan perkara yang sama ke dalam Mock Trial ke3.

Jangan nanti pisang berbuah dua kali dan stereotype pelajar jurusan lain terhadap jurusan undang-undang sebagai sebagai seorang yang berlagak dan ego terus berkekalan. Kerana UI pasti tidak semua pelajar undang-undang berperangai sedemikian cuma kesalahan nyata yang dibawakan oleh Law Soc sebagai pihak pengajur ini mungkin akan menjejaskan persepsi para mahasiswa terhadap fakulti Undang-undang secara keseluruhannya, bak kata pepatah kerana nila setitik rosak sesusu belanga.

9 comments:

  1. salam sahabat..

    1. budak-budak law tu bukan main course dia buat teater, so kalau ada few mistakes here and there is acceptable. Another thing, you should know they are still new in this. dan kalau boleh janganlah buat kesimpulan melulu hingga memalukan warga UITM. ianya boleh menjadi buah mulut universiti lain.

    2. kalau setakat hendak simpulkan daripada desas desus yang dibawa oleh orang lain, baik tidak perlu berkata apa-apa. adakah anda part of the team yang membuatkan anda berkata begini?

    3. kritikan itu bukan kita tidak mahu terima, tetapi, kita mahu elakkan daripada timbulnya pertelingkahan sesama fakulti yang terlibat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabar. kami cuba bawa susulan komen2 dari pelajar2 fakulti lain yang pernah terlibat dengan Mock Trial dan juga komen2 kritikan2 dari universiti lain yang telah menonton.

      Delete
  2. salam,
    1) alangkah indahnya kalau bahasa si penulis ini dicantikkan lagi.
    sepertinya ditulis atas emosi yang bercampur aduk.
    seorang penulis sejati (tidak kira untuk apa sekalipun) pasti akan dapat menyampaikan sesuatu dari tulisannya dengan cara yang lebih bijak dan berkesan.

    2) alangkah aman dunia kalau kita manusia tidak terlalu percaya perkara yang hanya datang dari mulut. Soal selidiklah dahulu ahli Law Soc itu sebetulnya kerana takut jadi fitnah.

    3) semoga kita semua sama-sama belajar dari kesilapan.

    -orang lama

    ReplyDelete
  3. Salam,
    Saya merasakan 'timing' penerbitan artikel ini amat meragukan memandangkan pementasan Mock Trial 3 akan diadakan tidak lama lagi. Sebagai penasihat law society, saya berharap pihak penulis berhubung dengan Law Soc sendiri meminta kesahihan khabar angin yang dibawa oleh pihak-pihak tertentu.

    Tentang hasil penjualan tiket yang dikatakan laris. Kebanyakan hasil digunakan untuk menampus kos pakaian, upah pengajar, kos sewa teknikal muzik dan banyak lagi. dan pihak law soc hanya mendapat sedikit keuntungan daripada hasil jualan tiket tersebut. Peruntukan TAPA yang diberi tidak langsung menjejaskan peruntukan aktiviti untuk pelajar lain.

    Saya berharap pihak UiTM Insider lebih berhati2 dalam melaporkan berita yang meragukan dan bertindak menjadi lebih profesional di masa hadapan. Mock Trial adalah suatu platform pelajar Undang2 mengekspresikan bakat kesenian yagn sedia ada dan mereka memberikan komitmen yang tinggi untuk menghasilkannya tanpa sebarang latihan profesional. Membandingkan mereka dengan pelajar TEKA samalah seperti membandingkan durian dan manggis.

    Berilah sokongan dengan memberi komen-komen yang membina dan bukannya memusnahkan.

    Sekian, terima kasih.

    - Umar Razak

    ReplyDelete
  4. A bit loud for my taste.. but it did kind of make me think about it. Teater Mock Trial UiTM saya sebagai salah seorang penonton akui memang agak kurang dari segi kualiti. Lebih-lebih lagi jika nak dibandingkan dengan teater Mock Trial Universiti lain dan untuk sebuah teater yang berbayar. Tapi saya baru dengar dan tau mengenai cerita pasal masalah dalaman dan konflik dalaman yang kononnya berlaku. Baik diperbaiki secepat mungkin kalau cerita ini benar. Tak manis berkerjasama dengan fakulti lain tapi sekadar mengangap mereka seperti kuli. Jika cerita ini benar lah... Tapi saya tahu memang berlaku mengenai hal krew mock trial men-delete komen2 kritikan di twittter yang menggunakan hashtag mock trial 2 dulu. komen saya antara yang didelete. Pendapat saya pada masa akan datang biar sajalah komen2 kritikan itu dan belajar dari kritikan. Penonton ada hak untuk mengkritik kerana mereka membayar tiket untuk menonton teater. Bukannya menonton secara percuma.. Itu sajalah pendapat saya.

    ReplyDelete
  5. Salam, saya Najmin Shahnaz dari Biro Perhubungan bagi UiTM Mock Trial 3 : Jibril ingin memjemput pihak anda menyaksikan mock trial pada kali ini. Harap pihak anda dapat memberikan respon pada jemputan ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. Salam, saya Najmin Shahnaz dari Biro Perhubungan bagi UiTM Mock Trial 3 : Jibril ingin memjemput pihak anda menyaksikan mock trial pada kali ini. Harap pihak anda dapat memberikan respon pada jemputan ini. Terima kasih.

    ReplyDelete
  7. What you have written up there is true especially bab kebajikan pelajar jurusan lain yang terlibat because I am one of them. In fact, certs pun kami tak (atau belum) dapat lagi sedangkan ianya sudah masuk setahun berlalu.

    Tiada niat untuk menyinggung LawSoc atau pihak mana yang terlibat kerana kita semua dr tunjang institusi yang sama. Terkilan mungkin ada. Saya benar2 berharap agar MT3 akan lebih baik lagi. Dan....kalau boleh berilah sijil kami tu. :D

    ReplyDelete
  8. Dulu pun kata nk buat perjumpaan last untuk semua krew mock trial 2 lepas persembahan untuk bentang hasil persembahan dan untung tapi hampeh. yg telinga kita ni terpaksa menahan org ckp itu ini. saya pelakon.

    ReplyDelete

UiTM Insider tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang anda berikan, komen anda adalah atas tanggungan anda sendiri.