Tuesday, 19 November 2013

Pilihan Raya Kampus merupakan satu pengamalan sistem demokrasi di sesebuah universiti yang diamalkan bagi melantik sebuah jawatankuasa pelajar induk yang mengetuai semua persatuan dan badan pelajar di kampus.

Seperti universiti lain, Universiti Teknologi MARA tidak terlepas daripada mengamalkan sistem pemilihan jawatankuasa perwakilan pelajar yang mana melalui proses pilihan raya tersebut, maka akan berlangsung satu corak perlantikan berasaskan undian yang dipungut mengikut undi popular pelajar.

Kemudian, barulah ia, jawatankuasa yang dipilih tadi membentuk sebuah organisasi yang dipanggil sebagai Majlis Perwakilan Pelajar (MPP).

Telus dalam membantu, menyampaikan suara pelajar serta prihatin terhadap keadaan semasa dalam konteks kebajikan pelajar untuk dibawa kepada pengurusan universiti merupakan sebuah bidang atau lapangan yang membentuk identiti MPP yang dilantik.

Sistem dan kaedah perlaksanaan pilihan raya kampus yang berkesan turut menjadi satu pandangan fenomena bagi memastikan sesuatu pengamalan demokrasi di peringkat universiti dapat dibentuk dengan harapan pengalaman hari ini membentuk pemimpin di hari esok.

Jika di Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia, wujudnya beberapa kesatuan pelajar yang membawa polariti berbeza yang membentuk pertembungan ideologi dalam memastikan sebuah badan pelajar yang dilantik menjalankan amanah dan tanggungjawab mewakili pelajar dengan baik.

Sebagai contoh, Pro Aspirasi dan Pro Mahasiswa akan bertanding bagi merebut kerusi fakulti dan kerusi umum yang dipertandingkan. Kemenangan majoriti akan menentukan kerajaan mahasiswa terletak pada tangan Pro Aspirasi ataupun Pro Mahasiswa.

Namun, sistem polariti Pro A dan Pro M ini tidak terpakai di UiTM. UiTM hanya mempertandingkan 2 kerusi untuk setiap fakulti tanpa apa-apa pengaruh persatuan atau kesatuan pelajar atau lebih mudah, calon bertanding atas tiket individu. 

Pilihan raya kampus juga tidak sehebat universiti tempatan lain memandangkan perpaduan kampus menjadi alasan kukuh untuk tidak membenarkan mahasiswa berbuat demikian.

Persoalannya, apakah masih releven alasan yang diberikan sebagai tanda sayangkan UiTM dan enggan melihat berlakunya perpecahan dalam kalangan pelajar? 

Apakah MPP berjaya menjalankan tugas mereka sebagai perwakilan yang merupakan pemudah cara bagi mahasiswa untuk berurusan dengan pentadbiran?

Ratanya pelajar dengan senang seolah tiada pernah wujud MPP sepanjang tahun pengajian mereka, seperti "Siapa MPP?" "Apa MPP buat?" "Macam takde MPP je". Perkara ini bukan direka tetapi hampir menjadi kenyataan apabila senario semasa menjelaskan bahawa kewujudan wakil pelajar itu tidak dirasa.

Tambah lagi, tumbuh segar petikan yang membentuk penjenamaan semula akronim MPP yang asalnya Majlis Perwakilan Pelajar bertukar menjadi Majlis Perwakilan Pentadbiran. 

Serius dan kritikal perkara ini membentuk satu identiti baru perwakilan yang dilantik melalui undian majoriti apabila mereka hanya bijak menuruti kata pentadbiran dan mengiyakan segala dasar dan polisi yang diperkenalkan. 

Kadangkala wujud pertelingkahan antara pelajar UiTM dengan pengurusan berkenaan dengan masalah fasiliti, taraf kehidupan di kampus dan kemudahan pelajar seperti pengangkutan dalam kampus dan penempatan di kolej.

Namun, isu tersebut berlalu seperti asap bas etiqa yang lalu kemudian lesap ditelan udara. Tiada siapa akan sibuk, kecoh dan bising untuk memperjuangkan suara mahasiswa.

Semakin aneh lagi di UiTM terdapat satu skema jawapan kebal yang mana jika terdapat pelajar yang membuat aduan terbuka berkenaan fasiliti atau apa-apa masalah berkenaan kemudahan di kampus, mereka akan diperingatkan untuk bersyukur kerana yuran di UiTM murah dan ramai lagi boleh gantikan tempat pengadu sebagai pelajar.

Justeru, jika setiap aduan itu disediakan jawapan agar bersyukur, bilakan adanya penambahbaikan sedang pengurusan bertungkus lumus memudahkan kerja mereka agar dapat pulang seawal mungkin jam 4.30 petang tatkala pejabat mula kosong dan papan kenyataan "counter closed" diterbitkan.

Layaknya ada keperluan untuk mengubah sistem perwakilan pentadbiran kepada tujuan asal iaitu perwakilan PELAJAR.

Namun, sistem demokrasi yang hebat diperkatakan untuk membina kepimpinan mahasiswa diperingkat universiti yang konon menjadi canangan orang diluar sana sebenarnya tidak pun pernah wujud di UiTM.

Antaranya, PRK merupakan sebuah acara hebat bagi meraikan pemimpin pelajar baru yang menyaksikan acara pembuangan undi, penamaan calon dan penebaran manifesto dan janji janji calon yang bakal bertanding, namun PRK itu sendiri tak diwar-warkan.

Jika program survival bersama Naib Canselor keluar di muka depan TV Besar UiTM, heboh di laman sosial, dan web UiTM, namun acara hebat PRK tak sama sekali diperluaskan ke pandangan mata mahasiswa. Barangkali hendak memenangkan calon pentadbiran yang disusun rapi sebelum tarikh PRK selain mengelakkan calon Pro M bertanding.

Dekan pula akan mengecam muka calon pentadbiran untuk menurunkan tandatangan mereka sebagai restu, namun mana mana calon yang tak disalin muka mereka sebagai calon 'cheese' pentadbiran, Dekan akan hilang atau enggan menurunkan tandatangan yang berakhir dengan tidak layak bertanding. Ini semua dirancang...

Jentera (mantan MPP) pula, memainkan peranan merosakkan kertas penamaan calon mana-mana calon yang bukan pilhan mereka, memandangkan itu syaratnya dimana kertas penamaan tak boleh diconteng dan jika berlaku ia terbatal dan tidak diterima.

Maka mana-mana calon yang bukan pilihan pentadbiran perlu lebih berhati-hati, pastikan anda mengambil gambar borang sebelum diserahkan kepada jawatankuasa PRK yang berkenaan.

Hasilnya pasca PRK, 13 Fakulti menang tanpa bertanding seolah dirancang dengan teratur tersusun. Bagi pemilihan pada tahun 2013 ini, dilaporkan sebanyak 20 Fakulti bakal menang tanpa bertanding dan 4 Fakulti akan kehilangan calon kerana tarik diri yang berakhir dengan menang tanpa bertanding.

Apakah itu dinamakan pemilihan jika 20 daripada 25 fakulti menang tanpa bertanding? demokrasi? telus? Lebihan lagi calon yang menang merupakan calon hasil jalaan tangkap muat oleh jentera yang gagal mengesan calon berwibawa memandangkan pelajar tidak terkesan dengan kewujudan MPP sehingga tidak muncul minat mewarisi organisasi tersebut.

Apakah masih wujud demokrasi? apakah perlu untuk mahasiswa turun membuang undi bila manifesto dan janji hilang selepas bergelar MPP?

Jika anda faham akan realiti ini, bangkit, laungkan perubahan atau boikot pemilihan JPP pada PRK ini.

4 comments:

  1. Saya setuju dengan post admin. Untuk pengetahuan admin, MPP juga sudah ada kabinet bayangan yang mana mereka susun siapa yang akan menjadi Majlis Tertinggi dan sebagainya. Jadi apa fungsi kursus dan sebagainya yang di jalan kan sebelum ini.

    Selain itu, ada calon yang layak bertanding tidak dibenarkan bertanding kerana mengacau susun dan plan mereka.

    Jadi tidak releven PRK UiTM, lebih baik buat seperti pelantikan ketua kelas dengan undi angkat tangan.

    Selain itu, semua calon jugak sudah di "brain-wash" oleh mantan dan mantan yang menentukan siapa boleh bertanding

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya setuju dengan admin,,selama ini saya pun merasakan seperti tidak wujud mpp dalam fakulti,,bila kita mula buka mulut mesti akan ada pelajar yang mula bercakap,,eh dorang buat kerja la korang je xnampk,,tapi hasil dari kerja mereka memang tak nampak kecuali sem sept 2013 ada la sikit tampal doa dalam kelas,,,tapi hasil yang lebih besar seolah2 tak wujud,,saya komen bukan benci cuma mahu leihat hasil setelah diundi jd mpp,,,

      Delete
  2. bagilah bukti? ade bukti ke mantan rosakkan kertas undi tu? ke main tulis je? nak jugak baca bukti.

    ReplyDelete
  3. Mana awak tahu pemilihan MT angkat tangan? kan pakai secret ballad....

    ReplyDelete

UiTM Insider tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang anda berikan, komen anda adalah atas tanggungan anda sendiri.