Friday, 23 August 2013

23 Ogos - Kehangatan Hari Raya masih lagi terasa, walaupun kebanyakkan daripada penjawat awam seperti di UiTM sudah pulang bekerja seperti biasa. Tetapi amalan utama Aidilfitri iaitu ziarah menziarahi tetap dilaksanakan dengan meriah dan harmoni.

Penulis ingin berkongsi kepada semua warga UiTM bagaimana pengalaman penulis mempunyai seorang kenalan yang menuntut di sebuah universiti swasta terkenal di Malaysia. Sudah lama kami tidak bersua dan sudah pasti pertemuan kami merungkai pelbagai perkongsian yang menarik.

Walaupun kenalan penulis ini berbangsa Melayu tetapi dia dengan bangganya menyatakan ketidakpuasan hatinya dengan kewujudan UiTM sebagai sebuah universiti yang mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera. Katanya Melayu akan semakin bertambah malas dan akan menjadi kurang berdaya saing jika terus terkongkong dalam kepompok universiti melayu.

Tak cukup dengan itu dia juga mempertikaikan kualiti graduan UiTM yang hanya dianggap sebagai kelas bawahan dalam dunia pekerjaan yang cuma cemerlang hanya atas kertas. Begitu juga dengan isu lambakan graduan yang menganggur dan menyalahkan UiTM sebagai salah satu punca.


Sebagai salah seorang warga UiTM, berdesing telinga penulis mendengar kata-katanya yang sugguh pedih itu. Puas penulis cuba memperbetulkan keadaan dengan menyatakan bahawa UiTM bertindak sebagai mekanisme bantuan untuk golongan Melayu yang tidak bernasib baik dan tidak berkemampuan seperti dirinya. Selain itu, UiTM juga menjadi sebuah medium utama dalam melahirkan lebih banyak professional dan pakar dalam pelbagai bidang kepada bangsa Melayu dan Bumiputera.

Malangnya, kenalan penulis ini menuduh pemikiran penulis sempit dan tidak terbuka luas untuk maju kehadapan. Persoalannya, adakah pemikirannya tidak sempit dalam memikirkan kelangsungan dan kebajikan bangsanya sendiri untuk survival di Tanah air ini.

Dia mungkin tidak menyedari yang kewujudan UiTM secara kolektifnya telah membantu pembangunan Negara dalam membangunkan lagi bangsa Melayu dan Bumiputera sebagai majoriti di dalam Negara ini. Walhal Saudara berbangsa cina kenalan penulis sendiri mengakui yang jika orang Melayu maju dalam pelbagai bidang bangsa lain juga akan seiringan maju bersama-sama dan menjadikan Malaysia Negara Kelas Pertama seperti yang diimpikan..

Adakah ini masih dianggap pemikiran sempit dan tertutup?

Dengan izin Allah Taala Aidilfitri kali ini penulis bertemu kembali dengan kenalan penulis itu. Tetapi kali ini caranya sedikit berbeza. Banyak benda dia bertanya kepada penulis mengenai UiTM. Penulis mula curiga dan bertanya kepadanya, kenapa dia ingin mengetahui tentang UiTM sedangkan sebelum ini dia begitu benci dengan kewujudan UiTM

Rupa-rupanya, adiknya baru sahaja mendapat tawaran Asasi Undang-undang di UiTM Shah Alam dan dia mula sedar betapa pentingnya kewujudan UiTM kerana adiknya merupakan harapan untuk menjadi peguam pertama dalam ahli keluarga mereka.

Alhamdullilah, akhirnya dia menyedari betapa pentingnya kewujudan UiTM ini kepada bangsa kita. 

Persoalannya, salahkah kita menjaga bangsa kita sendiri? Jika amalan menjaga UiTM ini memberikan kebaikan bukan sahaja kepada bangsa kita malahan kepada Agama dan Negara. Wajarkah kita menghina dan menghapuskannya?

Persoalan ini penulis tinggalkan kepada semua warga UiTM. Cukupkah kita menghargai UiTM sebagai benteng kejayaan kita pada masa hadapan atau kita hanya mengunakannya sebagai kemudahan semata dan membiarkan kemudahan itu terhapus pada masa akan datang, seperti kata pepatah, Habis madu sepah dibuang.

2 comments:

  1. Kita semua perlu sedar tujuan utama UiTM ditubuhkan, iaitu memberi peluang pendidikan tinggi kepada golongan Melayu dan bumiputera.

    Sama seperti semua benda di dunia ini, tiada yang sempurna, UiTM juga mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu yang masih boleh diperbaiki.

    Apa yang masyarakat terutama golongan !elayu dan bumiputera lakukan adalah sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada UiTM untuk terus maju dan berdaya saing dan bukan menghina dan memperlekeh.

    ReplyDelete
  2. Hi,
    Saya adalah graduan dari ITM/UiTM. Saya adalah seorang peguam dan saya bersama2 rakan saya telah melebarkan sayap ke serata pelusuk sektor pekerjaan.Kami pernah bekerja di Firma antarabangsa dan terbesar di Malaysia dan ada juga di luar negara.Isu kualiti adalah isu lapuk untuk diperbesarkan kerana UiTM telah wujud sekian lamanya dan bukanya semalam atau hari ini.Kita harus menggunakan peluang untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pencapaian kita. Mereka yang berkata sedemikian tidak mempunyai asas yang kukuh malahan omong kosong sahaja. Cuba kita buka mata dan lihat sekeliling betapa ramai pelajar kita berada di "BIG 4" firma perakaunan, firm undang-undang besar di Malaysia, kejuruteraan, mass media dan pelbagai sektor. Saya dan rakan-rakan yang lahir dari institusi ini ingin memberikan semangat dan pesanan, untuk kita berjaya adalah lahir dari diri sendiri dan bukanya dari mana universiti kita bergraduat. Kejayaan tidak pernah mengenal kulit, bangsa atau warna.Buka mata dan minda anda semua, kita masih mempunyai perkara yang perlu diselesaikan. Dengan ilmu yang kita miliki dari institusi ini atau dari mana sekalipun , kita perlu bertanya pada diri sendiri apakah yang kita boleh sumbangkan kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat berbilang kaum dan anak-anak sebagai warisan kita. Saya doakan semua pelajar yang sedang atau telah melewati perjalanan ke UiTM akan terus mara kehadapan untuk kejayaan sejagat.

    Mohd Syahril Daud

    ReplyDelete

UiTM Insider tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang anda berikan, komen anda adalah atas tanggungan anda sendiri.