Sunday 13 October 2013


Mock Trial merupakan satu bentuk teater yang berasaskan perbicaraan olok-olok dan sering dijadikan dalam bentuk komedi. Mock Trial boleh dikata sebagai satu tradisi tegar yang diamalkan oleh fakulti undang-undang di universiti seluruh dunia. UiTM boleh dikatakan masih agak baru dalam dalam Mock Trial dimana Mock Trial UiTM bakal memasuki edisi ketiga.

Mock Trial 1 boleh dikatakan sebagai satu event yang berjaya dalam menarik orang ramai dan dari segi penyampai teater yang agak baik. Mock Trial 1 banyak menerima kritikan positif dari pelbagai pihak sama ada dari dalam atau luar UiTM. Akan tetapi perkara yang berbeza berlaku untuk Mock Trial 2. Sehingga ada yang mengkritik yang bahawa mahasiswa fakulti undang-undang UiTM yang lebih junior gagal mengatasi mahupun menyamai senior mereka dari segi pengurusan dan kualiti pementasan teater.

Mock Trial 2 dilihat seolah-olah satu-satunya aspek yang boleh dipuji ialah teknik promosi yang digunakan oleh Law Soc UiTM. Teknik promosi yang digunakan begitu berkesan sehingga berjaya menarik begitu ramai warga UiTM untuk menghadiri Mock Trial 2. Akan tetapi promosi yang digembar-gemburkan seolah-olah tidak seiring dengan kualiti teater yang disampaikan. Prop yang dihasilkan dilihat seolah-olah tidak berkualiti sehingga jatuh sewaktu pementasan. Itu masih lagi belum dikira dari segi teknikal dan sistem bunyi yang dilihat seolah-olah tidak terkawal dan mahu memecahkan gegendang telinga penonton. Akan tetapi aspek yang paling kritikal sudah tentulah aspek penulisan skrip yang dilihat seolah-olah agak hambar apabila dipentaskan secara langsung.

Terdapat pelbagai masalah yang dilihat menghantui pengurusan Mock Trial 2. Antara masalah yang kononnya sering menjadi buah mulut ialah masalah kronisme dalam pengurusan Mock Trial 2 oleh Law Soc UiTM. Biarpun Mock Trial merupakan hasil kerja pelajar jurusan undang-undang ia bukanlah hasil tanya seratus peratus dari pelajar fakulti undang-undang. Terdapat ramai pelajar dari fakulti lain yang turut sama memberi sumbangan tenaga untuk menjayakan mock trial samada dari krew produksi ataupun senarai pelakon. Sebagai contohnya terdapat beberapa penari,pelakon mahupun musikal dianggotai oleh mereka yang bukannya dari fakulti undang-undang.

Melalui sumber yang didapati pada awalnya penglibatan pelajar dari fakulti lain ini untuk memberi peluang mereka agar fakulti lain dapat merasai pementasan Mock Trial yang dianggap satu pementasan teater yang besar bagi para pelajar undang-undang UiTM. Malangnya niat baik pada awalnya telah disalah gunakan oleh pengurusan Law Soc yang seakan-akan hanya mempergunakan pelajar dari jurusan lain.

Antara masalah yang sering dipertikaikan ialah dimana kebajikan para pelajar jurusan lain tidak dijaga seperti makanan dan tempat tinggal tidak disediakan semasa latihan intensif selama seminggu ketika cuti semester, begitu juga dengan layanan pengurusan Law Soc yang dikatakan berlagak dan lebih bertindak syok sendiri tanpa pernah terbuka menerima teguran dari krew Mock trial.

Dikatakan isu ini telah pun sampai ke tahap pengetahuan Timbalan dekan fakulti tetapi malangnya Timbalan dekan fakulti undang-undang ketika itu hanya bertindak mendiamkan diri selepas mendengar rungutan pelajar dari jurusan lain.

Yang menjadi persoalannya, dimanakah duit kejayaan Mock trial 2 disalurkan setelah tiket penjualan sebanyak RM5 dikatakan Sold Out sehingga hampir mencecah 2000 penonton tetapi duitnya langsung tidak dirasai oleh pelajar yang terlibat. Adakah semuanya disalurkan ke Law Soc atau fakulti undang-undang semata?

Selain itu juga, melalui sumber yang dipercayai juga menyatakan yang Mock trial 2 juga mendapat peruntukan bajet dari fakulti melalui tabung TAPA sehingga menjejaskan program lain dalam fakulti undang-undang tetapi ia tetap dikatakan tidak mencukupi sehingga meminta bajet tambahan. Maka persoalan dimanakah saluran duit berkenaan juga menjadi salah satu isu utama dalam Mock trial 2 fakulti undang-undang tahun lepas.

Tetapi yang paling utama sudah pastilah tahap persembahan yang hambar dalam Mock trial 2 sudah pasti mengecewakan penonton yang bukan sahaja pelajar UiTM tetapi juga melibatkan penonton dari university luar. Lebih menyedihkan apabila pihak Law Soc sendiri telah mengawal laman sosial twitter dengan "Delete" segala komen tweet yang negatif dan bersepakat bersama ahli mereka untuk hanya "Retweet" komen-komen yang positif sahaja bagi menutup pekung didada mereka yang telah pun sah-sah terdedah.

Perilaku mereka yang syok sendiri dan tidak pernah terbuka untuk menerima kritikan bagi membangunkan diri itulah yang paling mengecewakan semua pihak kerana secara terang-terangan ia memalukan. Justeru pihak UI harap Law Soc dapat mengambil teguran ini dengan terbuka dan tidak melakukan perkara yang sama ke dalam Mock Trial ke3.

Jangan nanti pisang berbuah dua kali dan stereotype pelajar jurusan lain terhadap jurusan undang-undang sebagai sebagai seorang yang berlagak dan ego terus berkekalan. Kerana UI pasti tidak semua pelajar undang-undang berperangai sedemikian cuma kesalahan nyata yang dibawakan oleh Law Soc sebagai pihak pengajur ini mungkin akan menjejaskan persepsi para mahasiswa terhadap fakulti Undang-undang secara keseluruhannya, bak kata pepatah kerana nila setitik rosak sesusu belanga.

Friday 4 October 2013

Kupasan UI hari ini ingin mengetengahkan pertikaian beberapa mahasiswa UiTM yang suka mempersoalkan keterbukaan HEP mahupun pentadbiran Fakulti atau Kolej dalam membenarkan mereka menjalan program seperti yang mereka inginkan.

Selalunya pertikaian yang sering didengari ialah dimana mahasiwa tidak berpuas hati dengan peruntukan kewangan yang diberikan kerana tidak mencukupi seperti apa yang mereka inginkan..

Tetapi pernahkah mahasiswa UiTM sedar yang peruntukan bajet dalam menjalankan sesuatu program bukanlah kunci utama untuk menjayakan program berkenaan. Memang kita akan menghadapi kesukaran jika mempunyai kekurangan dalam peruntukan wang. Tetapi apa yang lebih utama ialah intipati program yang ingin dilaksanakan bagaimana ia mampu memberi impak yang positif kepada ahli persatuan sendiri ataupun masyrakat luar.

UI rasa teruja apabila menjumpai beberapa sekumpulan mahasiswa yang menwakili Institut Pemimpin Muda IPM UiTM yang sedang menjalankan kempen Majlis Amal RM 1.


Secara Kesimpulan melalui sumber yang UI peroleh kempen ini dijalankan untuk mengutip derma sejumlah RM 1 dalam kalangan mahasiswa UiTM bagi majlis korban lembu di Kg. Kota, Perak pada 20 Oktober 2013.

Apa yang UI nampak program sebegini sangat ringkas tetapi kesannya kepada masyarakat sungguh mendalam. Hal ini kerana selain kita mengalakkan aktiviti pelajar agar aktif dengan keadaan dunia semasa kita juga mengalakkan amalan amal jariah yang dewasa kini jarang dititik beratkan oleh mahasiswa UiTM.

Jika dilihat dari segi kewangan untuk menjalankan program ini juga boleh dikatakan sangat minima dan ini sangat wajar dijadikan sandaran kepada mahasiswa UiTM.

Kerana kunci utama aktiviti pelajar perlulah mempunyai niat baik dan impaknya mendatang kebaikan kepada semua. Bukannya hanya ingin mengejar nama namun akhirnya apa yang dikejar tak dapat apa yang dikendong berciciran.

Kesimpulannya, usah lagi kita terlalu menyalahkan pihak lain jika program kita tidak menjadi seperti apa yang kita ingin. Tetapi mulalah memandang diri kita sendiri adakah benar program mahasiswa yang kita ingin laksanakan ini untuk kebaikan semua atau hanya untuk kebaikan diri sendiri?