Friday, 4 October 2013

Kupasan UI hari ini ingin mengetengahkan pertikaian beberapa mahasiswa UiTM yang suka mempersoalkan keterbukaan HEP mahupun pentadbiran Fakulti atau Kolej dalam membenarkan mereka menjalan program seperti yang mereka inginkan.

Selalunya pertikaian yang sering didengari ialah dimana mahasiwa tidak berpuas hati dengan peruntukan kewangan yang diberikan kerana tidak mencukupi seperti apa yang mereka inginkan..

Tetapi pernahkah mahasiswa UiTM sedar yang peruntukan bajet dalam menjalankan sesuatu program bukanlah kunci utama untuk menjayakan program berkenaan. Memang kita akan menghadapi kesukaran jika mempunyai kekurangan dalam peruntukan wang. Tetapi apa yang lebih utama ialah intipati program yang ingin dilaksanakan bagaimana ia mampu memberi impak yang positif kepada ahli persatuan sendiri ataupun masyrakat luar.

UI rasa teruja apabila menjumpai beberapa sekumpulan mahasiswa yang menwakili Institut Pemimpin Muda IPM UiTM yang sedang menjalankan kempen Majlis Amal RM 1.


Secara Kesimpulan melalui sumber yang UI peroleh kempen ini dijalankan untuk mengutip derma sejumlah RM 1 dalam kalangan mahasiswa UiTM bagi majlis korban lembu di Kg. Kota, Perak pada 20 Oktober 2013.

Apa yang UI nampak program sebegini sangat ringkas tetapi kesannya kepada masyarakat sungguh mendalam. Hal ini kerana selain kita mengalakkan aktiviti pelajar agar aktif dengan keadaan dunia semasa kita juga mengalakkan amalan amal jariah yang dewasa kini jarang dititik beratkan oleh mahasiswa UiTM.

Jika dilihat dari segi kewangan untuk menjalankan program ini juga boleh dikatakan sangat minima dan ini sangat wajar dijadikan sandaran kepada mahasiswa UiTM.

Kerana kunci utama aktiviti pelajar perlulah mempunyai niat baik dan impaknya mendatang kebaikan kepada semua. Bukannya hanya ingin mengejar nama namun akhirnya apa yang dikejar tak dapat apa yang dikendong berciciran.

Kesimpulannya, usah lagi kita terlalu menyalahkan pihak lain jika program kita tidak menjadi seperti apa yang kita ingin. Tetapi mulalah memandang diri kita sendiri adakah benar program mahasiswa yang kita ingin laksanakan ini untuk kebaikan semua atau hanya untuk kebaikan diri sendiri?

2 comments:

  1. jadi UI adalah orang IPM?

    ReplyDelete
  2. Percaturan tg sangat cantik!Tahniah Bro.

    ReplyDelete

UiTM Insider tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang anda berikan, komen anda adalah atas tanggungan anda sendiri.