27 Julai - Siapa itu GAMUS, Middle Voices, GMM mahupun aRMada... kesemuanya ini ialah media alternatif kepada para pelajar UiTM. Tidak kira apa pun pegangan mereka sama ada berpihak kepada aspirasi mahupun mahasiswa, mereka tetap dikenali sebagai media alternatif kepada para pelajar UiTM sama ada memperolehi maklumat dalaman UiTM mahupun isu semasa yang berlaku diseluruh negara.
Persoalannya, adakah mereka ini sumber yang berautoriti untuk dipercayai oleh seluruh mahasiswa UiTM, ataupun mampukah mereka ini dijadikan sandaran sebagai media utama untuk masyarakat luar mendapatkan maklumat mengenai UiTM..?
Persoalan inilah yang membangkitkan pertanyaan kepada mahasiswa UiTM dimanakah media yang lebih berautoriti dalam menyampaikan maklumat kepada mahasiswa UiTM? Secara langsung pertanyaan ini ditujukan kepada Majlis Perwakilan Pelajar UiTM dimana mereka secara rasminya telah dilantik oleh mahasiswa UiTM sebagai wakil mereka.
Adakah media untuk MPP tidak wujud ataupun seperti hidup segan mati tak mahu...?
Mengikut sumber yang diperoleh MPP UiTM Shah Alam memiliki akaun twitter yang mencecah 600+ follower dan Facebook fanpages sebanyak 8000+ like... persoalannya kenapa media yang lebih berautoriti sebegini tidak mendapat tempat dihati pelajar sedangkan media alternatif lebih banyak followers dan likers.. adakah salah para pelajar atau MPP sendiri?
Apabila pertikaian diberikan oleh beberapa pihak kini media MPP sudah mula bertatih bergerak sedikit demi sedikit setelah lama koma dan menyepi dalam dunia realiti tanpa mereka sedar kekuasaan yang dimiliki oleh media baru kini. Sebaliknya media alternatif yang masih boleh dipertikaikan siapakah pemiliknya lebih menjadi pilihan pelajar UiTM.
Oleh kerana MPP gagal menggunakan media yang dimilikinya sebaik mungkin dalam menjadi saluran komunikasi dua hala dengan pelajar sehingga menyebabkan kurangnya informasi sebenar disalurkan kepada pelajar mengenai pergerakan MPP dan UiTM khususnya pihak pentadbiran. Akhirnya para pelajar terus meletakkan konklusi MPP Syok Sendiri dalam menjalankan aktiviti dan langsung tidak mewakili suara mereka.
Jangan disalahkan pelajar UiTM jika mereka terlalu lantang mempertikaikan banyak perkara secara langsung di Facebook Tan Sri Sahol yang dilihat lebih hidup berbanding MPP. Kesannya, apa gunanya ada MPP jika para pelajar sendiri boleh secara langsung mengekspresikan permasalahan mereka kepada ayahanda UiTM?
Semoga MPP 2012/2013 dapat mengajar bakal MPP 2013/2014 tentang betapa pentingnya pengunaan media baru untuk mendekati mahasiswa UiTM yang sekarang ini hampir kesuluruhannya sudah memiliki media sosial. Malahan lagi, kecanggihan teknologi kini yang telah membolehkan kita online melalui telefon juga sudah tidak menjadi alasan kepada MPP untuk tidak aktif dan terus memarahi para pelajar jika mereka tidak peka sedangkan anda sendiri tidak menyampaikannya dengan baik.
"Akhir kata.. jangan syok sendiri...mereka mungkin hanya online Facebook mereka yang begitu aktif berbanding facebook MPP yang rasmi."
Thanks for ur comment and beautiful suggestion. =)
ReplyDeleteMenulislah kerana ALLAH, moga2 hasrat anda untuk mewujudkan laman mengadakan perbincangan, lontaran idea serta informasi yang tepat terlaksana. Moga ia menjadi satu wadah bagi memberi manfaat pada orang lain dan khususnya moga penulisan di sini boleh menjadi sumber 'passive income' di akhirat nanti.
Jangan salah sangka, inshaaALLAH kami menerima baik sebarang cadangan.
Peribadinya saya suka jika ada yang berfikiran kritis dan konstruktif seperti anda.
Mohon doa agar program2 yang bakal dilaksana oleh mpp semester hadapan (inshaaALLAH) sebelum kami melepaskan jawatan ini dilancarkan serta dapat kami sebarluaskan dengan lebih baik.
Thanks again. Selamat mengejar kenikmatan malam lailatul qadr.
Selamat menggunakan kemahiran anda menyusun ayat ini untuk membina anak2 muda lebih berwawasan, inshaaALLAH.
-AdibahRozain (MPP -Exco Kerohanian & Kaunseling, Jabatan Pembangunan Mahasiswa 2012/13)
Terima Kasih.. :)
Deletemahu dibandingkan dengan page Dato' Sahol sgt x masuk akal, page tu memang dibuat untuk berkongsi maklumat terbaru disamping saluran utk Dato menerima feedback dari pelajar, ada dedicated team of probably around 5~7 orang perlu buat report utk apa2 yang diadu/suarakan dalam page tersebut, ahli MPP disamping tugas mereka yang diamanahkan, diorang jugak pelajar, so far aku rasa they've done a good job, termasuk selesaikan masalah bas dalam kampus, masih ada lagi projects untuk kemudahan pelajar
DeleteBagi pihak saya di Fakulti Sains Kesihatan, kami mempunyai group kami sendiri, group pelajar dan Sekretariat Mahasiswa Fakulti, salah seorang ahli group juga adalah Timbalan Dekan HEP, group 8 persatuan di bawah fakulti, PHYTAS, NADA, PPPCK, NUSA, EHSAn, OPTIMIST, MELTECH dan MISA. Kami di FSK juga mempunyai group SAF KEPIMPINAN FSK 2012/13 dimana semua presiden persatuan, SMF dan MPP akan bincang hal-hal dan isu-isu didalam fakulti, bukan itu sahaja, kami juga menggunakan TD Yahoo Group untuk update segala program dan upload kertas kerja dan laporan-laporan untuk tindakan EO fakulti dan TD HEP. Untuk di puncak alam, kami MPP adalah admin page kampus untuk menyampaikan segala informasi yang sekarang ini mempunyai 41 000 like. Untuk FB peribadi, saya mempunyai 4200 friends dan 130 follower. Maka, disini tak jadi masalah jika page kami mempunyai follower yang sedikit kerana kami sendiri mempunyai group dan page sendiri untuk sampaikan informasi. Terima kasih atas peringatan diatas.
ReplyDeleteMPP UiTM memang x berguna... Apa nak bergunanya kalau STOCK STOCK UMNGOK semua... Dari YDP ke Exco Exco SEMUA SUJUD MENYEMBAH UMNO/BN. Moga PILIHAN RAYA AKAN DATANG AKAN LAHIR GOLONGAN BUKAN UMNGOK. Amin
ReplyDeleteWhy do you use Anonymous? :)
DeleteAnyway, amiin inshaaALLAH. Moga pilihan raya akan datang AKAN LAHIR GOLONGAN BUKAN MENDAMBA KEPENTINGAN DIRI MELALUI JAWATAN. Terima kasih atas doanya.
But, untuk menuduh dari YDP ke exco2 semua SUJUD menyembah umno, i think that's kinda harsh, bro/sis. Untuk hal melibatkan agama, saya berhak rasa marah.
Saya sujud hanya pada ALLAH.
Tolong ubah statement anda, okay? :)
Terima kasih atas komen. Saya cuba jadi rasional, dan mungkin ada kebaikan dan iktibar dari komen anda yang boleh kami ambil. :)
DeleteTetapi, untuk mengatakan dari YDP hingga exco2 semua SUJUD menyembah UMNO/BN, wowowoo i think that's kinda harsh, bro/sis!
Saya exco, dan saya sembah ALLAH. Untuk hal2 melibatkan aqidah saya tak boleh bertoleransi. Please be careful with ur word use ya :)
Btw, kenapa guna 'Anonymous'? Boleh saya tahu bagaimana saya boleh hubungi awak? By that way, kita boleh adakan diskusi secara baik. Saya selalu akan guna 'Anonymous' kalau saya tak konfiden dengan pendapat saya, atau takut akan implikasinya. Tapi lama dahla tak guna, sebab saya pilih untul berdiri dengan identiti sendiri. Biarpun manusia tidak tahu, tetapi ALLAH sentiasa tahu.
Salam Ramadhan sahabat :)
MPP Adibah, maaf jika komen diatas diterbitkan jika perlu dipadamkan, kami akan pertimbang. Secara jelas komen ditapis jika ada unsur mencarut dan lucah selainnya akan diterbitkan.
DeleteNamun jika komen diatas terlampau, akan kami pertimbang untuk dipadam. Mohon respon disini.
UiTM Insider
Eh, tak.. Saya memang mahu ia di'publish' :)
DeleteCuma it should be either one. Saya make the first comment, ingatkan tak jadi because my firefox restart, then saya buat the 2nd one.
But memandangkan dua2 dah publish, it's okay then. Thanks for you consideration. Respect ur professionalisme.
MPP UiTM penakut dan tak berguna. Kalau takda pun takpa. Elok PRK akan datang boikot je . Jangan mengundi. Bagitahu aku berapa manifesto yg berjaya dilaksana mpp fak korang?
ReplyDeleteDear Anonymous,
DeleteKami bersyukur mereka menjaga kebajikan pelajar di kampus. Setiap masalah yang diutarakan oleh pelajar, they will take actions and give the feedback to us. Alhamdulillah, amanah yang mereka pegang sekarang dijalankan dengan baik. Kenapa saudara gelarkan mereka penakut / useless? Padahal mereka lah yang banyak berhubung dengan management kampus utk kebajikan kami [pelajar]. Tidak semua MPP begitu. Saya bukan pengampu MPP. Harap saudara berfikir dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan.
Hidup mahasiswa! Salam lebaran :)
Nama je MPP.. Tu bukan nya majlis perwakilan pelajar. Tapi Majlis Pengampu Pentadbir. Majlis Perwakilan Pentadbir. Majlis Perbodohkan Pelajar...
ReplyDeleteMPP UiTM lebih2 lagi UiTM shah Alam hanyalah Bonek sahaja... Bonek UMNO BN.. Mungkin Cik Adibah tidak sedar dirinya sudah dipeegunakan oleh UMNO/BN... Wahai pemimpin pelajar KEMBALILAH KEPADA ALLAH.. Tinggalkanlah fikrah UMNO... Ada berapa kerat je Prog Agama yang dibuat oleh MPP. Beberapa je. Berapa kerat prog2 melalaikan yabg dilulus HEP??? Banyakkan ... Insaflah wahai Pemimpun Pelajar