Thursday, 1 August 2013

1 Ogos - Umum mengetahui yang Syiah ialah kesalahan akidah yang mampu menganggu-gugat keamanan umat Islam di Malaysia yang rata-ratanya mengamalkan Ahli Sunnah Waljamaah. Sebaik sahaja kerajaan negeri Kedah mewartakan pengharaman pengamalan Syiah ini. Isu Syiah mula hangat dibicarakan di media massa khususnya liputan Sinar Harian semalam yang telah menemu-bual Saudara Azraful, selaku Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UiTM.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar MPP Universiti Teknologi Mara (UiTM), Azraful Azman berkata, walaupun Syiah difatwa haram, namun ia ada pengikutnya tersendiri.

Azraful berkata, pihaknya belum menerima aduan daripada mana-mana pihak mengenai wujudnya penyebaran Syiah di universiti itu.

“Jika ada, kita akan ambil tindakan terhadap mereka yang bertanggungjawab. Kita tahu ada gerakan yang cuba dibawa, tetapi bukan Syiah,” katanya. Berita penuh (sinarharian)

Kenyataan beliau yang menyatakan pihaknya masih belum menerima aduan daripada mana-mana pihak tentang kewujudan Syiah dan hanya akan mengambil tindakan selepas aduan dibuat menunjukkan sifat "Ambil Mudah" MPP yang hanya akan bakal bertindak sebaik sahaja aduan dibuat. Tanpa memikirkan langkah alternatif atau tindakan proaktif untuk mencegah pengaruh ini sebelum menular dalam kalangan pelajar UiTM.

Kenyataan ini juga telah mendapat respon yang buruk oleh sesetengah pelajar UiTM yang mengangap kenyataan ini seperti "Pahat dengan Tukul yang diketuk baru berbunyi"


Sedangkan bukan sahaja pelajar UiTM malahan hampir satu Malaya mengetahui tentang kewujudan Khalid Ismath yang merupakan bekas pelajar Fakulti Undang-undang yang secara terang dan nyata mengakui dirinya ialah pengamal amalan Syiah. 

Walaupun sudah bergelar bekas pelajar namun pengaruh yang dibawa Khalid Ismath masih menular dalam kalangan pelajar UiTM. Adakah MPP ada mengambil berat perkara ini atau hanya mengharapkan aduan, baru ingin bertindak?

Harap langkah proaktif boleh diambil kerana melalui sumber yang diperoleh Khalid Ismath masih menghubungi rakan-rakan seperjuangannya di UiTM yang masih bergelar pelajar untuk menyebarkan sayap pengaruhnya didalam UiTM. Perkara ini wajar dipandang serius dan bukannya dipandang enteng oleh MPP mahupun pentadbiran universiti.

MPP jangan terlalu mengharapkan aduan para pelajar kerana gerakan Khalid Ismath ini berbentuk sulit yang mustahil untuk dikesan pada peringkat awal. Sebaliknya apabila kesannya sudah menular dan berbisa pada ketika itulah baru aduan dibuat dan tindakan MPP selepas itu sudah terlambat dan tidak berguna.

Beringatlah sebelum terkena jangan terhantuk baru nak ternadah. Bukan hanya pada MPP malah seluruh warga UiTM juga wajib menghindari pengaruh Syiah ini sebelum ia menjadi duri di dalam daging yang memecah belahkan kita sesama Islam.

6 comments:

  1. khalis ismeth bukan bekas pelajar...die bukan kne tendang....just kne gantung pengajian je..

    ReplyDelete
  2. dalam sistem, dia telah dibuang. if im not mistaken lah...dulu mse tu mmg kne buang..tp skrg dh kne buang, I meant dia betul2 kne buang..!!!

    ReplyDelete
  3. khalid tu aku tak risau sgt sebab dah kena buang.aku risau penyokong2 dia tuh yang bersepah lagi dalam uitm nih. kalau sunni pun sunni spesis apa yg berkawan dan sanggup bersekongkol dengan manusia yang terang benderang mengaku syiah. budak2 nih pun uitm kena perhati jugak. akidah dia orang kita tak tahu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju. Jgn biar syiah merebak.

      Delete
  4. Patut semak aqidah YDP MPP ni. Entah2 dia pon syiah. Tu yang dia buat dek je tu... Dah la penolong YDP tu MPP Law. Entah2 dia bersubahat dengan si Syiah Khalid tu...
    Jaga2 duri dalam daging...

    ReplyDelete
  5. admin pun perlu tengok pelajar fakulti eletrik bernama syed ali akbar al hussein ,,dia adalah seorang syiah,,,,dan post2 dia di laman fb kebanyakan berkisar tentang fahaman nya syiah

    ReplyDelete

UiTM Insider tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang anda berikan, komen anda adalah atas tanggungan anda sendiri.