Tuesday 30 July 2013

30 Julai - Seperti yang kita sedia maklum bahawa tempoh cuti Hari Raya Aidilfitri bagi kumpulan A, iaitu Pra Diploma, Diploma dan Asasi di Universiti Teknologi MARA (UiTM) adalah tetap seperti yang diluluskan oleh Senat UiTM juga seperti yang tertera pada kalendar akademik universiti bagi ketiga-tiga jenis program terbabit.

Turut ditekankan oleh Naib Canselor UiTM, melalui laman Facebook rasminya yang memberitahu bahawa UiTM pada dasarnya akan mula bercuti pada 2 atau 3 Ogos bergantung kepada negeri-negeri yang berkenaan. Kuliah pula akan disambung semula pada 11 atau 12 Ogos.

Perkara ini jelas membawa maksud bahawa pelajar di UiTM Kelantan dan yang sewaktu dengannya akan memulakan sesi pembelajaran dan kuliah seawal 4 hari raya manakala yang lainnya seperti kampus induk akan bermula pada 5 hari raya aidilfitri.


Secara menyeluruh, rumusan cuti pada bulan Ramadhan adalah lebih panjang berbanding pada bulan Syawal seperti yang dijadualkan kerana Ramadhan dijangka melabuhkan tirai selewat 7 Ogos 2013 kemudian disusuli dengan ketibaan Syawal dengan keizinan yang maha Esa.

Persoalannya, adakah pelajar UiTM bersetuju dengan keputusan yang dibuat tanpa mengambil kira perihal kekeluargaan dan sentimen perayaan yang merupakan hari kemenangan yang disambut kerana bezanya dengan Ramadhan adalah, untuk diibadahkan dan untuk diraikan.

Apakah pengurusan tidak mengambil kira setiap cadangan pelajar yang meminta agar cuti pada hari raya dipanjangkan dan cuti pada bulan ramadhan dipendekkan? Atau Senat hanya ingin memudahkan kerja mereka?

Tidak, bukan begitu. Jom kita teliti apa yang di jelaskan oleh Prof. Azni, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik UiTM.


"Kami pernah beri cuti pendek sebelum raya dan panjang selepas raya tetapi kemi telah menerima banyak aduan bahawa tiket bas, tiket kapal terbang semua dah habis dan sebagainya. Cuti dah diberi, rancanglah sebaik-baiknya dan gunakan cuti ramadhan untuk beribadah..pihak HEA telah memikir panjang termasuk implikasinya sebelum mendapat kelulusan Senat dalam perkara ini. Jika nak bantu universiti saya nak cadangkan para pelajar cuba merancangkan Kalendar Akademik UiTM dengan mengambilkira semua kehendak pelajar, kehendak staf, kekangan dwi-kitar, deadline untuk sesi perdana, intersesi,tempoh unrtuk peperiksaan khas, pemarkahan, mesyuarat2 peperiksaan, mesyuarat jawatankuasa akademik pelbagai, Senat dan lain-lain proses pentadbiran akademik. Kami sangat alu-alukan bantuan daripada pelajar untuk menghasilkan satu kalandar akademik UiTM yang syumul (perfect and ideal)," Prof Azni Zain Ahmed.

Oleh yang demikian, terimalah keputusan ini sebaiknya memandangkan Syawal bukan sehari tapi sebulan. Gunakan Syawal kali ini untuk mengiratkan hubungan mahasiswa-staf, dan staf-mahasiswa agar pembangunan UiTM sentiasa berkembang mengikut arus peredaran masa.

Berkenaan dengan isu ini juga, diharapkan Majlis Perwakilan Pelajar boleh menjadi agen pencerah kepada adik-adik mahasiswa Pra Diploma, Diploma, dan Asasi.

"Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Engkau lindungilah anak2ku siswa siswi UiTM agar mereka bergembira dan selamat menyambut Hari Kebesaran Aidilfitri bersama keluarga mereka. Ameen...," Tan Sri Prof. Ir Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Salam Lebaran.

7 comments:

  1. kenapa penulisan blog ni macam kerja orang2 dalaman... ada konflik ke????? MELAYU ...

    ReplyDelete
  2. Mentaliti budak UiTM, melayu x guna... Asyik2 nak cuti, asyik asyik nak cuti... Belajar entah kemana... Baik tutup je lah UiTM tu kalau bak sgt Cuti tiap masa... Memang UMNO sangat mentaliti.

    ReplyDelete
  3. Transformasi Mahasiswa30 July 2013 at 21:52

    Politik semua ni nak burukkn UiTM. x habis2 benci universiti melyu bumiputera nih

    ReplyDelete
  4. try la experience beraya di perantauan. dah keje karang, blh la habiskan annual leave untuk raya, raya puas2.

    ReplyDelete
  5. Mahasiswa UiTM31 July 2013 at 02:13

    Kire ok la tu boleh cuti jugak. Bukan senang tau nk main adjust2 kalender akademik. Nanti dah masuk alam pekerjaan lagi susah. Belum tentu lagi dapat cuti. Mase tu nak mengadu kat sape? Bersyukur la boleh cuti walaupun sekejap.

    ReplyDelete
  6. Blog ni memang suka hentam2, isu yg merepek. Cadangan apa yg dikemukannn? Mahasiswa sndiri tahu relevennya kenapa cuti sekejap, sbb dorang tahu nnt study week akan sekejap. Tutuplah blog ni, tak habis2 mainkan isu dalaman uitm. First jpk, then mpp, then pengurusan then siapa pulak? VC??? nampak Sgt org dalam, duri dalam daging sibuk nak burukkan uitm. Huhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oleh yang demikian, terimalah keputusan ini sebaiknya memandangkan Syawal bukan sehari tapi sebulan. Gunakan Syawal kali ini untuk mengiratkan hubungan mahasiswa-staf, dan staf-mahasiswa agar pembangunan UiTM sentiasa berkembang mengikut arus peredaran masa.

      Berkenaan dengan isu ini juga, diharapkan Majlis Perwakilan Pelajar boleh menjadi agen pencerah kepada adik-adik mahasiswa Pra Diploma, Diploma, dan Asasi.


      ko ni bodoh ke apa? tak faham ke apa yang UiTM Insider tulis kat atas ni? ni mesti org berjawatan yg komen ni.

      Delete

UiTM Insider tidak bertanggungjawab atas sebarang komen yang anda berikan, komen anda adalah atas tanggungan anda sendiri.